Payudara bengkak,bengkak susu,susu tersumbat,sakit pada buah
dada,payudara mengeras.Perkataan ni selalu anda dengar apabila anda menjadi ibu yang
menyusu bayi anda.Saya sendiripun dulupn tak tahu apa rasanya sehingga ketika
bayi saya berumur 2 bulan,saya mengalaminya sendri.Memang sakit dan
stress.Stress sebab apa?Sebab nak keluarkan susu, tapi tak boleh.Pada mulanya,
ketika saya menyusu anak saya, saya urut-urutla sambil menyusu ‘Afif.Lepas dia
dah kenyang, sakit masih ada.Apa maksudnya tu?Sekali lagi saya stress.
Apa saya buat?Saya cari Mr.G, mengenai cara mengatasi
bengkak susu.Dah jumpa!!
Berikut adalah persolan-persoalan saya dengan Mr.G
Saya:Mengapakah payudara saya bengkak dan sakit?
Mr.G: Pada minggu
pertama selepas bersalin, anda mungkin dapati buah dada anda sangat membengkak,
sakit, berdenyut, membonjol serta terasa penuh dan tidak selesa. Kadang-kala
bengkak itu sampai ke bawah ketiak. Anda juga mungkin mengalami demam. Tetapi
jangan risau. Walau seteruk manapun bunyinya, keadaan ini hanya sementara.