SET TURUNKAN BERAT BADAN

Whatsapp/Telegram Azwa | 019 442 7406 atau emel ke aizatul.azwa@gmail com jika inginkan harga lebih JIMAT

SET PENYUSUAN

Whatsapp/Telegram Azwa | 019 442 7406 atau emel ke aizatul.azwa@gmail com jika inginkan harga lebih JIMAT

SET SENDI TULANG

Whatsapp/Telegram Azwa | 019 442 7406 atau emel ke aizatul.azwa@gmail com jika inginkan harga lebih JIMAT

SET WEIGHT GAIN

Whatsapp/Telegram Azwa | 019 442 7406 atau emel ke aizatul.azwa@gmail com jika inginkan harga lebih JIMAT

SET BERPANTANG LENGKAP

Whatsapp/Telegram Azwa | 019 442 7406 atau emel ke aizatul.azwa@gmail com jika inginkan harga lebih JIMAT

Bagaimana Nak Hentikan Penyusuan Tanpa Rasa Sakit?



Assalamualaikum..

Hentikan penyusuan?Errkk..betul ke nii..Betul! Betul!! Bagi ibu yang dah berjaya menyusu anaknya sehingga umur 2 tahun atau..kes macam saya ni!!!!I am pregnant.Anak pertama ngam-ngam setahun masa setahun masa saya tahu saya hamil anak kedua.Patutlah..

Patutlah apa?Yes, saya mengaku, susu merudum sikit,anak pula makin 'demanding' di mana kuantiti susunya dah makin banyak :) Nak tak nak saya terpaksa ajar dia minum susu formula untuk pertama kalinya.Sedih tau perasaan ni bila nk 'wean off' susu ni sebab hanya ibu-ibu sahaja memahami betapa seronoknya menyusu anak sendiri.Khasiatnya pula tiada tandingan!!Setuju kannn...

Ok, sebulan pertama tu memang banyak sabarla.Anak dah lupa macam mana nak hisap botol.Jadi, cara dia minum susu formula adalah..spooning!yer..yer..suap dalam cawan pakai sudu sebab itu satu-satunya cara dia minum.Waktu siang ok lagilah..tapi bila malam..cuba ibu-ibu bayangkan..anak saya tengah sedap tdiur dengan lali dia tu..nak expect dia bangun duduk minum susu dalam cawan bersuap-suapan??Kesian tengokk :(

Saya sabar dan terus berdoa.Suatu hari, saya tergerak nak pergi beli satu botol ni warna hijau.Konon-konon nak menarik minat anak sebab ada kartun bagai.Ok, percubaan pertama..GAGAL..sampailah entah percubaan kali berapa entah.Saya ingat lagi, masa tu anak tengah tengok televisyen.Kemudian dia ambil botol hijau tu dan main 'puting' botol tu.Pastu nak tahu tak dia buat apa?Dia masukkan dalam mulut dia. Saya senyum ja dan lihat.Pastu, saya pergi bancuh milo sikit sahaja nak bagi nampak warna air .Dia...minum!!!Wahhh..

Lepas pada kejadian tu..anak saya dah pandai minum susu botol tanpa perlu saya paksa dia.Pasal susu badan pula, yes, dia tinggalkan terus tanggal 10 Jun 2015 lepas.Alhamdulillah..

Habis cerita mengenai pengalaman saya mengenai berhenti penyusuan pada anak pertama saya.

Saya faham, ramai ibu-ibu di luar sana yang pening memikirkan macam manalah nak bagi anak minum botol ataupun hentikan penyusuan badan.Bukan semua dapat jalan yang senang macam saya.Saya dapat rasakan..sebab sayapun pening dulu nak fikir macam mana nak buat(sebab saya tak sanggup nak letak benda pahit-pahit pada Miss B saya)

Di bawah ni ada sedikit perkongsian tentang bagaimana nak hentikan penyusuan badan tanpa rasa sakit macam saya


  1. Kena ada niat untuk berhenti.Jangan kejap nak henti, kejap tak.Maksudnya, bila anak dok saja-saja, bila dia lapar,malas nak pergi buat susu formula, nah..bagi nenen..Salah tu!!!
  2. Cuba kurangkan bilangan penyusuan anda dan lewatkan sedikit daripada kebiasaan masa dia menyusu.Sebagai contoh, anak menyusu pukul 7 pagi.Cuba 'drag' penyusuan sehingga pukul 7.30 pagi.Lama-lama, bilangan penyusuan anda akan makin berkurang
  3. Kira masa atau tempoh anda menyusu untuk setiap kali penyusuan dan cuba pendekkan masa.Cuba ok..ini payah sikit kan sebab dah mulut anak tu dok melekap kat situ, takkanlah nak cabut kan.Mau meraung dia..takpa..ambil masa ok.. :)
  4. Gantikan masa penyusuan dengan makanan lain.Sebab, saya percaya, ibu-ibu yang dok baca ni, dah berjaya susukan anak sehingga 1 tahun lebih bukan.Jadi, cuba ajak anak makan di meja makan atau dalam walker atau di mana-mana sahajalah asalkan bukan menyusu
  5. Gantikan orang lain, contohnya ganti dengan suami ketika masa penyusuan.Contoh senang faham, anak  biasa minum pukul 8 malam.Masa pukul 8 malam tu, suruh suami main dengan dia



Semoga bermanfat...

Memandangkan dah berjaya hentikan penyusuan tu, bolehla ibu-ibu semua pasang badan balik, kembalikan semula tenaga anda yang hilang dengan Set Tambah Tenaga Shaklee :)


Set Tambah Tenaga:

Produk:B-complex,ESP & Vita-lea
Harga runcit satu set: RM 292.50





Berminat nak Set Tambah Tenaga Shaklee?


Untuk membuat pembelian Set Tambah Tenaga Shaklee, anda boleh terus hubungi saya seperti di bawah untuk harga yang lebih JIMAT!

COD SELURUH NEGERI MELAKA
PENGEPOSAN SELURUH MALAYSIA MELALUI GDEX/CITYLINK/POSLAJU