Life After Giving Birth:Kepentingan Tulang Pelvis Saya



Apakah itu lantai pelvis?
Kalau anda lihat dan amati gambar rajah di atas, lantai pelvis anda terletak  terbentang dari tulang pubik  di depan sehingga ke hujung spina anda.Ia  mengandungi otot-otot,ligamen-ligamen dan helaian-helaian tisu.Ia boleh meregang dengan tekanan berat dan boleh kembali ke bentuk asal semula.Fleksibel kan?ha..inilah dia lantai atau tulang pelvis anda yerr..

Kepentingan lantai pelvis
Lantai pelvis berfungsi untuk menyokong pundi kencing,usus dan rahim anda.Ia mengawal pundi kencing dan menggerakkan usus apabila anda mahu membuang air kecil atau besar.Jikalau lantai pelvis anda lemah, anda boleh rasa, bila anda batuk,bersin atau bersenam, anda membocorkan air kencing anda.

Paling penting, bagi wanita, lantai pelvis ini mempengaruhi otot-otot vagina anda.Jika ianya lemah, anda akan berasa kurang kepuasan ketika mengadakan hubungan intim bersama suami anda.Selain itu, lantai pelvis juga memainkan peranan yang sangat penting dalam proses kehamilan dan kelahiran bayi.

Bagaimana kelahiran bayi saya mengganggu lantai pelvis saya?
Saya cerita satu-satu yerr.dimulakan dengan proses kelahiran.Sewaktu proses kelahiran,lantai pelvis anda akan meregang untuk memberi laluan kepada kepala bayi anda untuk keluar melalui vagina anda.Saraf-saraf yang bersambung pada otot-otot lantai pelvis anda akan melonggar dan akan membuat bahagian antara vagina dan lubang anus anda terasa kebas.

Tahap kelonggaran otot lantai pelvis anda adalah berbeza mengikut situasi yang anda lalui semasa kehamilan.Ia akan bertambah longgar jika anda:-


  1. Terpaksa menolak bayi anda keluar dalam tempoh masa yang panjang
  2. Bayi anda bersaiz besar
  3. Koyakan yang teruk
  4. Kelahiran forseps
* Kelahiran forseps ialah kelahiran yang dibantu yang melibatkan penggunaan alat seperti vakum tarik untuk membantu mengeluarkan bayi anda semasa proses kelahiran

Apa perlu saya buat untuk MEMELIHARA lantai pelvis saya?
Mulakan dengan melakukan senaman lantai pelvis.Lihat gambarajah di bawah.

Cara melakukan senaman lantai pelvis.Ikut langkah-langkah dengan teratur

Kepentingan senaman lantai pelvis:
  • Memulihkan vagina dan kawasan jahitan dengan lebih cepat
  • Menghalang kebocoran air kencing
  • Meningkatkan peredaran darah ke kawasan luka jahitan dan menghalang berlakunya bengkak dan luka-luka geseran

Sekarang, ibu-ibu semua dah tahu kan di mana lantai atau tulang pelvis anda, apa kepentingannya dan cara menjaganya?

Semoga bermanfaat!

Untuk membuat pembelian set berpantang dan penyusuan Shaklee, anda ada dua cara iaitu;-
1) Beli terus daripada Shaklee dengan menggunakan kad debit atau kredit anda,BUY SET BERPANTANG DAN PENYUSUAN NOW!
2) Anda boleh terus hubungi saya seperti di bawah.

COD SELURUH MELAKA


















0 comments:

Catat Ulasan