Assalamualaikum.Hari ini nak kongsi sedikit mengenai sebab-sebab kenapa berat badan susah sangat nak turun.Anda mesti nak tahu kan?Yer..dah cuba bermacam-macam cara, tapi sebulan baru turun 1KG.Stress mak! hihi :) Selalunya, mesti ada punca apa yang tak kena dengan regime seharian anda bukan?Jom saya tolong anda semak-semak belek-belek apa yang tak kena...
Ok..dah sedia?
PERTAMA: ANDA SEMAKIN BERUSIA
Bukan saya nak cakap sesiapa yang dah 3,4 series tu dah tua, tak boleh nak turunkan berat badan.Tetapi, kita manusia biasa, badan dah pakai berapa tahun?Ya..tubuh badan anda berubah.Bila anda semakin berusia,tubuh anda akan bertindakbalas samada nak naikkan atau turunkan berat..Lelaki ke..perempuan ke, kadar metabolisma anda akan menurun.Anda fahamkan apa maksudnya bila kadar metabolisma menurun?Bagus.Lagi satu, untuk wanita, MENOPAUSE.Apa kaitan menopause dengan berat badan?Ada..ada.Kalau berat badan seseoang wanita ang sudah menopause naik,lemak-lemak itu akan kekal di dalam perut anda sahaja.Hal ini kerana, bila menopause, penghasilan hormon progesteron dan estrogen akan merudum.Dalam masa yang sama, hormom testosteron juga menurun, tapi takla merudum..ianya perlahan-lahan.Setuju?Ha..bila ketiga-tiga hormon ni menurunla..lemak-lemak tadi tak boleh pergi mana.Stay and steady in your belly.
KEDUA:SALAH CARA BERSENAM
Selalunya ramai percaya kalau kita selalu berlari, berjoging, lemak cepat dibakar, betul?Tapi perlu diingatkan, senaman kardio macam ni sahaja tak mencukupi.Kena seimbang antara senaman kardio dan berat badan anda.Maksudnya, buat senaman yang betul-betul kena dengan berat badan andalah.Dah..kalu berat tu 100KG, tapi berlari seminggu sekali, sejam sahaja.Haa..macam mana tu.Memangla tak turun..silap-silap naik pulak sebab stress.hihi..OK, yang perlu anda lakukan ialah senaman yang melibatkan kekuatan badan anda di mana ianya akan meningkatkan jisim otot dan tulang anda.Bila berlaku peningkatan jisim otot dan tulang,pembakaran lemak akan lebih efektif tahu?Kiranya, kena lakukan 250 minit (ini pandai-pandaila bahagi tengok dalam semiggu tu)joging, menunggang basikaldan berenang.Yang pasti, anda masih boleh bercakap tetapi tak boleh menyanyi.Ini namanya anda sedang melakukan "moderate intensity exercise"
KETIGA:MAKAN TERLALU BANYAK MAKANAN SEGERA ATAU TELAH DIPROSES
Contoh paling dekat untuk anda ialah roti.Siapa kat sini suka makan roti?Kalau nak tahu, gandum yang telah diproses menjadi roti, kraker dan chips boleh meningkatkan keradangan pada tubuh kita.Kaitan keradangan ialah dengan perut anda.Lemak di bahagian perut selalunya ada kaitan dengan keradangan.Jadi, bila anda makan banyak makanan yang telah diproses, lagi susahla anda nak hilangkan lemak dekat perut anda tu.
KEEMPAT:SALAH MAKAN LEMAK
Ha..yang ni mesti anda tertanya-tanya, boleh salah makan lemak pula?hihi..eh..kan dalam badan kita ada lemak baik dan lemak jahat..yang salah tu lemak jahatlah.Ok, lemak jahat ni macam lemak tepu seperti yang terdapat dalam daging dan makanan tenusu.Yang ni kalau overdose, boleh meningkatkan penghasilan lemak dalam badan anda.Kalau lemak macam lemak tak tepu seperti minyak zaiton, avokado,walnut,minyak Omega-3, biji bunga matahari dan ikan salmon, yang ni OK.Sebabnya kesemua makanan ini ada bahan anti-keradangan.Kalau ambil beberapa kali, ianya dapat memberi kebaikan pada tubuh anda pula :) Jadi, hati-hati memilih makanan ya..takut tersalah makan lemak..hihiiii