Salam semua,
Wooahhh..hari ni semangat sikit nak update blog.Nak citer pasal menyusu since sayapun memang tengah menyusu anak.hewhew.. :P
Dulu, saya tak kenal set menyusu shaklee ni.Tapi, disebabkan ramai kenalan yang dok bergosip pasalnya,bukan yang tak baik yerr..tapi yang baik-baik belake.Susu bertambah lepas guna set menyusu ni selama 3 minggu, susu makin pekat, bayi cepat kenyang dan macam-macam lagila saya dengar.
Eh!sebelum tu, ada yang bertanya dengan saya, susu ibu ni nak kena 'prepare' seawal saya hamil kerr?Semua ni kuasa Allah, tapi jangan berserah je.Ingat, rezeki takkan datang bergolek.Anda perlu usaha di samping doa dan tawakkal.Katakan YA! Anda boleh usahakan.Contohnya:-
- Berniat dalam hati dengan ihklas serta berdoa semoga Allah memperbanyakkan dan mempermudahkan penyusuan anda selama 2 tahun
"Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Apabila kedua-duanya ingin memberhentikan (sebelum cukup tempoh dua tahun) dengan kerelaan kedua-duanya dan melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi kedua-duanya.”
Surah Al-baqarah, 233