FASA AWAL KEHAMILAN

Di suatu pagi yang hening pada tahun 2012, 28 Ramadhan.

Si isteri:Abang, ayang tak datang bulan lagila bulan ni

Si suami: Jadi, ayang puasa penuhla kan tahun ni(dalam keadaan mamai, sedar tak sedar)

Si isteri: Ia, ayang puasa penuh(Dalam hati, dengan harapan agar suami boleh mengagak apa yang sedang difikirkannya saat ini)

Si suami: Ntah-ntah…..

Si isteri: Ntah-ntah ayang…sebelum nak sambung cakap, kedengaran si suami kembali tidur..zzzzzz.Ahh..baru je nak sharing-sharing ngan dia..dah sambung tidur..
Tanpa mempedulikan si suami yang sudah kembali tidur, Si isteri yang excited ni, dengan segera terus pergi membuka laci almari dan mencari ‘sesuatu’.Tak sedar dah masa tu pukul berapa.Pukul 3 pagi ok!!Kejap lagi nak sahur pulak.Baik aku bangun ja.Fikir si isteri.Misinya diteruskan dengan membawa ‘sesuatu’ itu ke dalam tandas bersama-sama satu bekas, cukup untuk beliau melaksanakan misinya.

2 minit kemudian..

Si isteri: Abang, abang, bangunnnnnnnn..bangunnnn..(kejut dengan sungguh-sungguh)

Si suami: Dalam keadaan mamai lagi, ya,ya..kenapa ni.kenapa ni?Paksa diri membuka matanya.

Si isteri: Cuba teka!Dengan muka senyum meleret…

Si suami: Teka?Teka apa ni ayang?

Si isteri: Nahhhhh..tengok ni(sambil menghulurkan ‘sesuatu’ itu kepada suaminya)

Si suami: Ayang!!!!!!!! Dua line! Positif ni!! ALHAMDULILLAH, SYUKUR PADAMU YA ALLAH.BIla ayang check ni?Kenapa tak ajak abang sama?

Si isteri: Tadi, baru ja.Kan tadi ayang ada cakap dengan abang tadi, tapi abang tidur balik(sambil buat muka merajuk comeyyyy)

Si suami: Iya?Maafkan abang ya..(sambil memeluk isterinya)
Kisahnya, si isteri telah hamil.Pagi itu adalah pagi yang paling bahagia untuk pasangan suami isteri ini.Pagi itu juga mereka pergi berjumpa doctor untuk mengesahkan kehamilan itu.Alhamdulillah, si isteri hamil 2 minggu.

--TAMAT--

Hari ini saya nak menceritakan tentang fasa awal kehamilan.Drama di atas adalah pengalaman saya sendiri saat saya disahkan hamil ( ambil mood baik setelah baca drama di atas kan..)


Fasa awal kehamilan.Teruja bukan?Nak lagi kalau ini pengalaman pertama anda.Dalam fasa awal kehamilan, anda perlu berhati-hati dan menjaga kandungan anda sebaik mungkin.Persediaan awal seperti makan asid folik yang mencukupi adalah sangat penting ketika ini.Pada masa ini anda tentu tertanya-tanya apa akan terjadi pada badan anda, bila perut akan membesar, berapa saiz janin sekarang, banyak mana perlu makan,cukup ke makan ni.Haa..macam-macam soalan bukan.



Ketika awal kehamilan, hormon di dalam badan anda akan mula berubah.Jadi, anda mungkin boleh menjangkakan sesuatu yang baru berlaku pada tubuh anda seperti:-



  1. Perubahan tubuh badan anda di mana anda akan berasa tidak sedap badan,loya di waktu pagi atau petang,kurang selera makan dan sebagainya.Setiap individu akan mengalaminya dengan cara yang berbeza.Ada yang tidak langsung merasa apa-apa perubahan pada tubuh mereka!(ingat tak kisah wanita yang sedar beliau hamil saat bayinya sudah 9 bulan?)
  2. Perubahan pada Miss B anda.Miss B anda sedang bersedia untuk menghasilkan susu untuk bayi anda kelak.
  3. Keputihan.Pastikan ianya adalah keputihan yang terkawal.Jika anda melihat keputihan anda lain dari yang seperti ada sedikit darah, cepat berjumpa doktor anda untuk pemeriksaan.
  4. Kerap kencing.Walaupun pada fasa ini, saiz bayi adalah masih kecil, tetapi, saiz rahim anda akan semakin berkembang dan akan menyebabkan tekanan pada pundi kencing anda.Bila ini berlaku, anda akan berasa kerap untung kencing.Ini adalah perkara normal.
  5. Pertambahan berat badan.Pada waktu ini,berhati-hatilah memilih makanan.Walaupun orang kata makanlah untuk dua orang, tetapi, be selective is better at this phase.Elakkan makanan tajam seperti air tebu,nenas.Ini untuk mengelakkan risiko keguguran awal kehamilan.
TIPS MENGHADAPI FASA AWAL KEHAMILAN
  1. Rancangkan lawatan ante-natal anda dengan Klinik Kesihatan berhampiran anda.Ini adalah untuk memastikan anda mempunyai rekod kehamilan bersama klinik tersebut untuk tujuan rujukan.
  2. Makan dengan baik.Senang cerita, makan makanan yang berkhasiat, tak perlu gandakan makanan anda kerana dalam fasa awal ini, nilai kalori diperlukan tubuh anda masih sama sehinggalah kandungan anda berusia 7-10 bulan.Yang penting, makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  3. Berhati-hati tenatang kebersihan makanan.Hal ini kerana terdapat jangkitan Salmonella yang berpunca daripada ayam dan daging yang dimasak tidak sempurna.Jangkitan ini boleh menyebabkan keguguran
  4. Kurangkan pengambilan kafein.Kafein menghalang penyerapan zat mineral penting ke dalam tubuh anda
  5. Bersenam.
  6. Banyakkan rehat,Keletihan pada fasa awal kehamilan selalunya memberitahu anda supaya "jangan terlalu aktif".Curilah masa untuk anda tidur kerana tidur yang mencukupi amatlah penting bagi memastikan tubuh anda mendapat reaht yang mencukupi
  7. Ambil vitamin tambahan

Set Awal Kehamilan Shaklee


B-Complex dengan Asid Folik

  • Membantu mengekalkan sistem saraf bayi dengan baik(elakkan masalah spina bifida)
  • Penting dalam penghasilan hormon dan sel darah merah dalam tubuh anda
  • Meningkatkan fungsi otak dan mengurangkan tekanan
  • LIHAT LEBIH MENGENAI INFO PRODUK

Vitalea dengan Formula Zat Besi
  • Mengandungi lebih daripada zat besi di mana ianya membantu meningkatkan paras HB kepada normal (11>)
  • Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.
  • Mempunyai Sistem Penyerapan Bioaktif di mana ia dihasilkan untuk meningkatkan penyerapan asid folik yang sangat diperlukan tubuh anda
  • LIHAT PERBANDINGAN VITA-LEA DENGAN OBIMIN



Ostematrix
  • Membekalkan keperluan kalsium yan mencukupi untuk pertumbuhan tulang dan gigi bayi yang sihat
  • Ibu hamil memerlukan sebanyak1000mg sehingga 1300mg kalsium setiap hari iaitu bersamaan dengan 5 gelas susu.Satu kaplet Ostematrix bersamaan dengan 5 gelas susu.Sehari anda perlu makan 4 kaplet.Jadi, anda telah dibekalkan dengan 20 gelas susu.Cukup banyak bukan nilai kalsium daripada Ostematrix ini?
  • LIHAT LEBIH MENGENAI INFO PRODUK



Chewable Vita-C Plus
  • Membantu meingkatkan sistem imunisasi tubuh anda dan bayi anda
  • Pengambilan Chewable Vita-C Plus ini bersama-sama dengan Vita-lea akan mamaksimumkan penyerapan vitamin ke dalam tubuh anda
  • Menghilangkan rasa mual atau morning sickness di awal kehamilan kerana rasa orennya dapat menghilangkan loya anda


Untuk membuat pembelian, anda ada dua cara iaitu;-
1) Beli terus daripada Shaklee dengan menggunakan kad debit atau kredit anda.Link is coming soon
2) Anda boleh terus hubungi saya seperti di bawah.
COD SELURUH MELAKA



0 comments:

Catat Ulasan