Polycystic Ovary Syndrome(PCOS) Punca Wanita Tidak Subur

Anda berasa diri tidak subur?
Period anda kejap datang kejap tidak?
Pening memikirkan bagaimana nak subur dan hamil?
Dah cuba banyak cara & produk tapi masih tidak dapat selesaikna masalah?

Apa itu PCOS pula??

Polycystic Ovary Syndrome(Sindrom Polisistik Ovari-dalam BM) atau lebih dikenali sebagai PCOS menjadi salah satu punca wanita tidak subur.PCOS ialah satu penyakit di mana ia akan menyerang ovari kita.PCOS berlaku apabila seseorang wanita itu mempunyai ketidakseimbangan hormon dan menyebabkan ovari berhenti berfungsi.Dalam sesetengah kes, ovari boleh membesar dan diselaputi oleh cyst.Hal ini berlaku kerana benih-benih(ovum) di dalam ovari tidak dapat menetas pada waktu subur dengan betul dan seterusnya berkumpul dan menyebabkan ovari membengkak!!


Disebabkan itulah PCOS adalah punca dan penyebab kepada period tidak teratur dan hormon androgens yang berlebihan. Kalau anda nak tahu, hormon androgens ni ialah sejenis hormon lelaki.Selalunya, wanita yang menghidapi PCOS ni akan mempunyai MASALAH UNTUK HAMIL.
Sumber: Mingguan Malaysia 9 November 2014, Bahagian KESIHATAN Muka surat 26

Tahukah anda, PCOS juga menyerang wanita yang mempunyai sejarah kencing manis di kalangan keluarganya!!!

Lebih mengejutkan, PCOS adalah pembunuh dalam senyap atau 'silent killer' kerana ianya tak boleh dikesan dengan hanya sekali ujian ke atas para pengidapnya.Paling menakutkan, tanda-tanda dan simptom-simptom penyakit ni sangatlah berbeza di antara pesakit-pesakit(yang ni nanti saya cerita kejap lagi).Selain itu, PCOS juga boleh dikaitkan dengan kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan tahap kolestrol yang tinggi.Bahayanya!!Jangan pandang remeh ya PCOS ni.Kalau anda rasa period anda tak teratur tu,cepat-cepatla consult doktor ya.Ini saya sangat-sangat tekankan.

Ok, berbalik pada cerita PCOS,malangnya, ramai yang menyedari mereka mempunyai PCOS apabila mereka berjumpa dengan doktor kerana mereka berasa diri mereka tidak subur.Memang betul, salah satu sebab terjadinya PCOS ialah ia menyerang wanita yang tidak subur.Bagaimana dikatakan seseorang wanita tu tidak subur?Susah jugak nak jawab soalan ni yer..Tapi, saya boleh kongsi apa itu waktu subur.

Saya yakin majoriti wanita di sini  faham apa itu waktu subur mereka.Kena faham betul-betul yer, awak tu perempuan..hehe..ok, saya akan terangkan yer..Selain daripada peningkatan suhu badan, anda boleh nampak terdapat lebihan cecair pada seluar dalam anda kerana pada waktu ini, Luteinizing Hormone(LH) sedang meningkat.Selalunya waktu subur adalah hari ke-14 sebelum hari pertama haid seterusnya.Kiranya macam ni, haid anda bulan lepas berakhir pada 20/10/14.Jadi waktu subur anda ialah pada 2/11/14.Faham tak? Bagus.Jika kitaran haid anda adalah selama 28 hari, senangla nak kira waktu subur anda.Sebab setiap wanita kiatran haid dia tak sama, ada yang 28,30..sampai 35 pun ada.



Apa yang berlaku pada waktu subur ni?PROSES PENELURAN-lah sayang..di mana telur baru jer keluar daripada sarangnya.Masa ni, kalau telur ni bercantum dengan sperma dan sperma berjaya berenang sampai ke tiub fallopio dan mendarat dengan jayanya di dalam rahim, in shaa-Allah anda akan hamil normal.Kalau tak bertemu, maka hilanglah macam tu jerr..Cuba tengok gambar rajah tu bagi jelas lagi tentang kitaran haid anda.

Kitaran Haid Wanita Normal


Wanita yang subur akan berovulisasi(senang faham, menghasilkan telur atau ovum)pada setiap bulan.Apabila kitaran haid terjadi, ovum ini akan diluruhkan ke dinding uterus(maksudnya, ovum tak jumpa dengan sperma untuk bercantum, jadi ia keluarlah jadi rembesan darah kat dinding uterus tu..ini kes tak jadi hamil ye..)Sebab tu, perasan tak, kita kena pastikan darah haid kita keluar betul-betul habis(maksudnya..last warna period kita adalah warna cokelat ok).Mengikut bacaan saya, kalau kitaran haid tu tidak teratur, darah tak keluar semua.Jadi ia menempel jer kat dinding uterus tu.Ini yang menyebabkan darah datang kejap-kejap, kemudian  takde,kemudian datang semula.Kadang-kadang tu, period 2 hari je dah henti.Normal ke macam tu?Kalau normal kan 7 hari macam tu.Tak risau ke darah dok berkumpul kat dalam tu?Kalau anda nak tahu, yang mana telur yang tadi jadi darah tu..yang melekat kat dinding uterus tulah yang menyumbang kepada PCOS(macam tetamu tak diundang ok..menempel jer kat situ).

Nampak kan beza normal ovari dengan ovari PCOS di mana ovari 
PCOS kelihatan lebih besar daripada normal ovari


PCOS ni bukan hanya menyerang wanita yang belum hamil je tau.Ini kerana ada satu kajian  daripada Universiti Monach di Aussie mendapati, ibu-ibu yang menghidapi PCOS akan mengalami kenaikkan berat badan yang melampau dan susah nak menyusu anak.Bunyi macam tak percaya kan?Itulah sebabnya anda semua kena tahu tentang PCOS ni.Dia serang tak kira siapa.


Adakah ini anda??

Jom kita tengok pulak punca-punca penyebab kepada PCOS:-

Saya kategorikan kepada 3 bahagian iaitu simptom-simptom yang mudah dilihat,umum dan simptom dalaman.Jom cek!!

Kategori #1 Simptom-simptom mudah dilihat seperti berikut:-
  • Kenaikkan berat badan
  • Lemak berlebihan di perut
  • Rambut gugur
  • Jerawat yang teruk
  • "Skin tags"
Kategori #2 Simptom-simptom umum seperti berikut:-
  • Kegemukkan
  • Depresi
  • Sering gelisah
  • Suka makan manis
  • Nafsu seks yang hambar
  • Emosi tidak menentu atau "mood swing"
Kategori #3 Simptom-simptom dalaman seperti berikut:-
  • Pengidap Cysts
  • Tidak subur
  • Sakit di bahagian pelviks
  • Period yang tidak teratur
  • Mempunyai kolestrol yang tinggi
Saya harap anda boleh nampak serba sedikit tentang PCOS ni, simptom-simptomnya.Lebih baik mencegah daripada merawat kan.Lebih awal dikesan, lebih bagus.Rasanya dah sarat info saya kongsikan.Anda fahamkan dan ingat apa yang saya kongsikan ni dahulu.Saya akan kongsikan lagi tentang info-info menarik tentang PCOS di dalam entri seterusnya ya..stay tune!! :)

0 comments:

Catat Ulasan