Cara Merawat PCOS dengan Berkesan

Salam..berjumpa kita sekali lagi..alhamdulillah..

Dah baca entri saya mengenai PCOS?Hari ni saya akan sambung semula mengenai PCOS.Buat pelawat blog saya yang tak tahu apa itu PCOS dan simptom-simptomnya boleh KLIK SINI.

Saya dah survey tengok, rata-rata wanita di Malaysia ni memang mempunyai masalah PCOS ni.PCOS ni kesannya sangatlah menggerunkan kerana ia menyerang sistem reproduksi wanita.Disebabkan ramai yang mengalami ketidakseimbangan hormon,risiko-risiko seperti di bawah akan berlaku jika tidak diubati dengan segera.
  1. Kegagalan ovari 
  2. Keguguran yang berulang
  3. Kencing manis semasa hamil
  4. Tekanan darah tinggi semasa hamil
  5. Kebarangkalian menghidapi kanser rahim
  6. Sakit jantung & strok
  7. Mengalami masalah dengan tekanan gula dalam darah

Saya faham, wanita di luar sana dah mencuba pelbagai cara untuk merawat masalah ini Ada yang sudah consult doktor dan dan meminta doktor membuat vaginal ultrasound.Terkejut bukan kepalang!! Mereka mendapati bukan satu je ovari mereka yang dah membengkak, tetapi dua!Nauzubillah..lebih memburukkan keadaan, pada kedua-dua ovari tu kelihatan seperti bintik-bintik hitam di dalamnya juga.Itula dia benih-benih atau ovum tadi yang terperangkap di dalam ovari yang tak dapat dilepaskan ketika waktu subur.Kalau nak tahu,bintik-bintik hitam ini digelar "Honeycomb Appearance".Tak cukup dengan itu, ada yang melakukan ujian makmal untuk memastikan hormon androgen mereka berlebihan atau tidak.


Untuk pengetahuan semua,rawatan untuk mengubati PCOS memang sangat meluas.Antaranya ialah melalui perubatan moden seperti:-
  1. Pengambilan pil perancang dan "vaginal ring".Pengambilan kedua-dua kaedah ini membolehkan hormon diperbetulkan kerana di dalamnya terdapat kombinasi hormon estrogen dan progesteron.Bila hormon dah seimbang, masalah period tidak teratur dapat disembuhkan
  2. Sintetik Progesteron.Benda ni disyorkan oleh doktor apabila anda tidak dibenarkan mengambil hormon estrogen(takut terlebih hormon).Bagaimana ini boleh membantu anda?Sintetik progesteron ini(samada pil atau suntikan),akan membantu meluruhkan darah pada dinding endometrial anda sepertimana anda mengalami period.Selalunya orang yang ambil ni adalah orang yang tak period berbulan-bulan.Kenapa benda ni penting?Sebab apabila proses luruh-meluruh ni berlaku, ia berfungsi seperti anda datang bulan seperti sediakala dan mengelakkan kanser rahim.Namapun sintetik kan..
  3. Penggunaan Metformin.Ini ialah ubat untuk penghidap diebeties yerr..Bagaimana ia membantu merawat PCOS?Metformin membantu menurunkan paras androgen yang dihasilkan oleh ovari PCOS dan juga membantu menurunkan insulin dan kandungan gula dalam badan.Bila hormon androgen berjaya diturunkan, period akan mula berkitar seperti sediakala(weh..dah macam plastik kitar semula dah rasanya ni..hehe..acah jerr).Paras gula dalam badan juga sudah tidak merisaukan!
Tak cukup dengan rawatan di atas tu?Faham.Sebab kadang-kadang, ada di antara anda yang takut-takut nak pergi jumpa doktor atau takut ambil ubat atau suntikan..Janganla risau, kita boleh berbalik kepada rawatan secara tradisional pula.

Rawatan secara tradisional boleh dilakukan seperti:-
  • Makan makanan seimbang di mana anda perlu lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.Yang ni nampak macam cliche sikit, tapi memang diakui, kalau kita jaga pola pemakanan kita, maka sihatlah badan kita.Anda belajarkan tentang piramid makanan.Jadi, letak gambar piramid makanan tu kat peti ais anda, tampal kat situ buat rujukan. :)
  • Do not smoke! Jangan merokok yer puan-puan..cik-cik..ibu-ibu semua.Merokok boleh meningkatkan lagi hormon androgens dan akan menambahkan lagi risiko anda mendapat PCOS
  • Bersenam secara konsisten.Sebelum ni saya ada sebut tentang simptom PCOS dan salah satunya ialah obesiti ataupun kegemukkan.Bila anda dah tahu ini simptomnya,jadi..bersenamlah!Tak usahla samapi setiap hari kerana ada di kalangan anda yang berkerja.Cukupla berjogging 2 kali seminggu untuk memastikan badan anda berada dalam keadaan yang sihat dan cergas.Nyah kau wahai lemakkkk!!! :).Anda tahu tak, jika anda berjaya kurangkan sebanyak 5-7% berat anda dalam masa 6 bulan, anda telah berjaya menurunkan hormon androgen dan seterusnya meningkatkan sebanyak 75% kesuburan anda!! Hebatkan?Jadi, rancang jadual anda untuk bersenam ok!Jangan bagi alasan!!
  • Rajin-rajinla menjaga kebersihan kulit wajah dan rambut.Dah namapun perempuan, memang suka jaga kesihatan wajah dan rambut kan?Bagus.Elakkan memakai syampu yang mengandungi bahan-bahan aktif(kalau saya,nak tau kuat tak bahan aktif dalam syampu tu,baupun dah cukup.Kalau bau sangat-sangat kuat @wangi tu..siaplahhh..berkoyan-koyan depa tuang bahan aktif kat dalam syampu tu..sebab saya dah pernah alami.. )Pakaila syampu yang berasaskan bahan semulajadi atau herba.Apabila rambut kurang gugur, hormon androgens akan menurun.
Tunggu sekejapppppp..baca bagi habissss..... :)
Ada special sikit entri kali ni..iaitu ada satu lagi rawatan yang memang tak sakit dan terbukti berkesan dan selamat.Nak tahu??Saya bagi teaser dulu yer..Layanzzz..

GLA Complex dapat membantu masalah PCOS!Percaya atau tidak??Kita jumpa next entri..(lenguh menaip ni) Stay tune!! :)

0 comments:

Catat Ulasan