7 Tips Cepat Kurus Selepas Bersalin

Assalamualaikum

Hari ni saya kongsi sedikit tips untuk cepat kurus selepas bersalin.Ramai ibu-ibu yang risau berat badan tidak kembali seperti sebelum hamil bukan?


Tips #1: Jangan Diet
Bunyi macam tak logik kan.Tapi, betul juga.Kenapa saya cakap betul.Cuba bayangkan, dalam keadaan anda nak menyusu anak, nak tidurkan anak dengan jadual tidur tak menentu,kalau anda betul-betul nak diet jugak, anda memang cari NAHAS! Cubalah,kalau nak tengok kesan sebaliknya.Anda bukan sahaja merosakkan impian anda nak turunkan badan, tapi anda menaikkan pula!Yerla..kalau anda dok tahan nafsu makan tu, badan dah letih,manala mampu nak makan sepinggan nasi jer.Silap-silap 3 pinggan!Apa anda perlu buat ialah makanlah dengan cara yang sihat.Makanlah snek sihat seperti potongan buah epal,lobak atau biskut gandum.Ini akan membekalkan anda tenaga untuk terus menyusu anak anda dan pola pemakanan anda tidak terganggu.

Tips #2: Banyakkan Makan "Super Food"
Bila anda menjadi ibu, tubuh anda memerlukan lebih nutrisi daripada sebelumnya.Tambah-tambah lagi kalau anda menyusu secara esklusif.Pilih makanan yang berat(beri kekenyangan) tetapi mempunyai nilai kalori dan lemak yang rendah.Contoh?(Dah agak dah...hihi) IKAN.Ikan mengandungi DHA, ia juga mengandungi Omega-3 yang membantu perkembangan otak anak anda.Sumber terbaik DHA ialah ikan laut sejuk macam salmon,sardin dan tuna.Selain itu, SUSU dan YOGURT juga salah satu "super food" kerana mempunyai kalsium yang tinggi untuk memastikan tulang anda sihat.Jangan lupa pula sumber protein seperti daging, ayam dan kacang 'bean' kerana makanan ini mempunyai protein  dan fiber yang tinggi tapi rendah lemak.

Tips #3: Penyusuan Susu Ibu
Memang banyak pendapat tentang penyusuan susu ibu ni boleh kuruskan badan.Tapi yang pasti, ianya sangat bagus untuk sistem imunisasi anak anda menjadi lebih kuat.Untuk yang menyusu secara esklusif(ehem..ehem..sayala tu)hihi..anda tahu tak?Sebanyak 300 kalori telah dibakar ketika anda menyusu.Bayangkanlah kalau ada anak kembar, 300 x 2,600 kalori dibakar!Memang cepat kurus kalau macam ni!

Tips #4 : Minum Air Banyak( bukan air manis yerr..air kosong)
Minum air kosong banyak dapat mengelakkan tubuh anda daripada dehidrasi.Satu kajian ada menyakan, jika anda minum air kosong banyak, anda akan MEMPERCEPATKAN proses metabolisma tubuh anda.Anda semua tahukan apa kebaikannya bila proses metabolisma anda cepat/tinggi?Bila proses metabolisma tinggi, tubuh anda dapat memproses makanan dengan cepat.Bila makanan diproses dengan cepat, anda akan rasa cepat untuk membuang.Setiap hari anda mesti membuang.Bila macam ni, apa anda rasa pada tubuh anda?RINGAN bukan?Jadi, minum sekurang-kurangnya 8 gelas atau 3 liter air kosong setiap hari ok?

Tips #5: Bergerak!(Bukan gerak khas ok..hihi)
Bergerak atau buat sebarang gerakan.Jangan dok diam je atas katil tu!Bangun!Mustahil?Mana ada benda mustahil, anda yang tentukannya!Nak cari masa nak makan pun berebut-rebut, inikan pula nak buat gerakan atau bersenam bagai.Haishh..tepi sikit negative mentality tu.Saya belum habis cerita lagi ni.Siapa cakap anda perlu buat semua tu cara paksa.Ok, caranya, anda bawa anak anda berjalan-jalan naik stroller.Bestkan?haa..anda tau tak..bila anda buat macam ni, anda dah tingkatkan kadar denyutan jantungdan otot-otot anda bertambah sihat tau?Cuba target.Seminggu bapa lama.140 minit?Bukannya suruh buat 140 minit dalam masa sehari tu berterusan.Contoh,sehari 20 minit.Bahagilah 10 minit pagi,10 minit, petang.Haa..kan logik tu.. :)

Tips #6: Banyakkan Berehat
Lepas dapat anak, nak dapatkan tidur 8 jam macam dulu memang mencabar sikit.Kalau anak tak merap takpe.Nak kongsi, ada kajian menyatakan, ibu yang baru lepas bersalin ni,kalu masa tidurnya kurang daripada 5 jam akan ada risiko nak "put on weight" yer berbanding dengan ibu yang dapat tidur 7 jam sehari.Hal ini kerana, bila tak cukup tidur, badan akan letih.Bila badan letih, tubuh anda kana keluarkan kortisol dan juga hormon stress yang lain.Haa..apa lagi, bila semua ni meningkat, bersedialah!Berat badan anda mungkin akan naik!

Tips #7: Mintak Pertolongan "Ask for Help"
Minta doktor yang rawat anda buat satu senarai tentang pola pemakanan anda.Ini penting kerana apabila anda ada jadual makan anda sendiri dan BERDISIPLIN, in shaa ALLAH, anda akan berjaya turunkan berat badan ke bentuk badan asal seperti sebelum bersalin.

Set Cadangan Slimming Set for Mom





Untuk membuat pembelian set slimming for mom Shaklee, anda ada dua cara iaitu;-
1) Beli terus daripada Shaklee dengan menggunakan kad debit atau kredit anda,BUY SLIMMING SET FOR MOM NOW!
2) Anda boleh terus hubungi saya seperti di bawah,LEBIH JIMAT

COD SELURUH NEGERI MELAKA
PENGEPOSAN SELURUH MALAYSIA MELALUI GDEX/CITYLINK/POSLAJU


0 comments:

Catat Ulasan