SET TURUNKAN BERAT BADAN

Whatsapp/Telegram Azwa | 019 442 7406 atau emel ke aizatul.azwa@gmail com jika inginkan harga lebih JIMAT

SET PENYUSUAN

Whatsapp/Telegram Azwa | 019 442 7406 atau emel ke aizatul.azwa@gmail com jika inginkan harga lebih JIMAT

SET SENDI TULANG

Whatsapp/Telegram Azwa | 019 442 7406 atau emel ke aizatul.azwa@gmail com jika inginkan harga lebih JIMAT

SET WEIGHT GAIN

Whatsapp/Telegram Azwa | 019 442 7406 atau emel ke aizatul.azwa@gmail com jika inginkan harga lebih JIMAT

SET BERPANTANG LENGKAP

Whatsapp/Telegram Azwa | 019 442 7406 atau emel ke aizatul.azwa@gmail com jika inginkan harga lebih JIMAT

Bahaya Kegagalan Buah Pinggang


Syukur alhamdulillah kita masih mempunyai dua buah pinggang yang masih lagi berjasa pada kita.Tahukah anda apa fungsi buah pinggang dalam badan anda?Buah pinggang berfungsi untuk membuang bahan buangan yang tak perlu dalam darah anda.Selain itu, buah pinggang juga membantu mengimbangi elektrolit(potassium) dalam badan, menghasilkan sel-sel darah merah dan juga mengalirkan darah di dalam badan ke organ-organ tertentu dalam badan anda.

Apakah simptom-simptom kegagalan buah pinggang yang patut anda tahu?

Kegagalan buah pinggang berlaku apabila bahan buangan tidak dapat dikeluarkan dan akan menyebabkan badan anda menjadi lemah,sesak nafas dan kerungsingan.Apa kaitan?Ada kaitan, apabila potassium  di dalam badan tidak dapat dikeluarkan, ia akan mengganggu kadar ritma jantung anda dan akan menyebabkan kematian mengejut atau sudden death!!!


Tahukah anda terdapat 5 tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang dapat dikesan?Ia dipanggil 'Prerenal Causes' (Pre=Sebelum,Renal= Buah Pinggang) keadaan di mana berlakunya kekurangan darah yang dihantar ke buah pinggang anda.Antaranya ialah:-


  1. Hypovolemia-Keadaan di mana kurangnya darah atau kehilangan darah yang banyak
  2. Dehidrasi-Seperti muntah-muntah,Berpeluh yang banyak akibat demam dan cirit-birit
  3. Kurang minum air
  4. Kesan pengambilan ubat seperti 'water pills' yang akan menyebabkan kehilangan air di dalam badan
  5. Aliran darah yang tidak normal dari atau ke buah pinggang anda contoh, ada gangguan pada salur artileri atau salur darah anda
Manakala 3 tanda-tanda selepas anda mengetahui anda sedang mengalami kegagalan buah pinggang adalah seperti di bawah(yang ni dia beri kesan masa anda nak buang air kecil):-

  1. Kanser prostat
  2. Ketumbuhan di bahagian organ perkumuhan
  3. Batu karang-selalunya batu karang akan serang hanya satu buah pinggang di mana satu lagi masih lagi berfungsi
3 tanda-tanda paling anda patut tahu bila dah kronik ialah:-
  1. Diebeties yang tidak dapat dikawal
  2. Tekanan darah yang tidak dapat dikawal
  3. Penyakit Polisistik Buah Pinggang-secara ringkasnya, ada cyst dalam buah pinggang anda.Saya ulas next entri yerr 
A doctor explaining kidney function and failure with a patient.


Cuba periksa tengok ada ke tidak tanda-tanda seperti di atas.Jumpa saya di next entri untuk tahu bagaimana sakit buah pinggang didiagnosa :)





Obesiti Punca Masalah Kesuburan


 
Yeah..its been few days tak conteng-conteng sini. Hari ni tetiba nak tulis pasal obesiti punca sukar hamil.Siapa suka obesiti?Selalu bila tanya, jawapan mesti Ya atau Tidak.Jangan tak tahu ada yang suka obes-obes nii..Obes itu seksiii..ewww!Lepas tu,bila obes, ternak lemak banyak-banyak dan boleh jual lemak berkilo-kilo tu.Jangan tak tau zaman sekarang ni apa yang tak boleh dijual..Lemak pun bolehh..

Cakap pasal lemak ni selalunya ada kaitan dengan gemuk dan obesiti.Kita di Malaysia adalah antara rakyat teramai yang obes tahu?Sedar-sedarla..Obesiti dan terlebih gemuk ni boleh membawa macam-macam penyakit.Contohnya sukar hamil.Untuk pasangan yang belum dikurniakan anak tu, adakah anda menghidap obesiti?Samada isteri atau suami tak kisahla.Ada?Haa..anda dah pergi consult doktor, mesti doktor ada nasihatkan supaya anda kawal berat badan anda dan turunkannya kan???Give me five!!

Sekarang ni, bila anda obesiti dan sudah berkahwin, anda ada dua masalah.Yang pertama, anda nak anak.Anak selalunya dikaitkan pula dengan kesuburan.Kesuburan ni banyak pula faktor yang berkait rapat dengannya.Berat badan adalah salah satu punca sukar hamil.Setuju?You should!Yang kedua, macam mana anda nak turunkan berat badan supaya tidak obes lagi.


Kenapa Minyak Wangi Jejas Kuantiti Sperma?



Masalah kesuburan.Adakah salah saya atau awak?
Satu kajian dilakukan ke atas 501 pasangan yang sedang cuba untuk hamil.Sampel air kencing mereka  telah diambil dan sesi temubual mengenai keintiman bersama pasangan,kitaran haid dan ujian mengandung mereka juga telah direkodkan.Apa yang mengejutkan ialah, kajian itu membuktikan bahawa pasangan lelaki mereka(suami) mempunyai kandungan  Phthalates paling tinggi dan 20% daripada mereka mengalami masalah kesuburan.Mereka mengambil masa bertahun-tahun untuk memberi benih yang baik kepada pasangan wanita mereka(isteri).Terkejut bukan?Dari situ, mereka dinasihati supaya mengurangkan atau menghentikan penggunaan Phthalates di dalam kegunaan harian mereka.Jap, Phthalates ni ada dalam apa?Soalan yang bagus.Kalau anda nak tahu, Phthalates ini selalu terdapat di dalam barangan plastik dan MINYAK WANGI.Kalau anda lihat pada botol minyak wangi anda pada bahagian ingredients dan ada terjumpa  perkataan "parfum" atau "fragrance", ianya berkemungkinan merujuk kepada Phthalates

Bagaimana Phthalates ini mejejaskan kesuburan lelaki ye?Macam ni.Phthalates ini adalah bersifat anti-androgens.Bila kurangnya hormon androgens(hormon lelaki)ini,DNA dalam sperma akan rosak seterusnya menyebabkan bilangan sperma dihasilkan sangat sedikit dan tidak normal.
Nampak perbezaan kan?
Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas :)
Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas :)

Kajian berasingan mengenai Bisphenol A atau BPA juga telah dilakukan ke atas 114 wanita.Mereka disuruh memberi sampel darah mereka.Kalau nak tahu, kesemua 114 wanita ini hamil selama 4 ke 5 minggu.Masih baru.Paling mengejutkan apabila terdapat 68% daripada mereka mengalami keguguran sepanjang mereka hamil itu.Apabila diperiksa, terdapat kandungan BPA yang tinggi di dalam darah wanita-wanita tadi.BPA ni akan serang kromosom-kromosom di dalam darah wanita-wanita tadi dan seterusnya menyebabkan janin mereka gugur.Bahayanya!!!!


Cara Cepat Hamil dengan GLA Complex

Mula-mula sekali,cuba tengok gambar kat atas tu.Bahagia kan nak dapat baby..yer, saya faham.Setiap wanita yang sudah berkahwin mesti mahukan anak.Bezanya cuma sanggup tunggu atau tidak jer.Pengalaman sendiri, saya ambil masa setahun untuk dapatkan baby.Orang cakap, honeymoon dulu..hihi.Betul jugak tu.Saya honeymoon setiap hujung minggu dari Kuala Lumpur ke Melaka.Tuntutan kerja.Ada kawan-kawan cakap, kalau perkahwinan jarak jauh(PJJ) ni lambat dapat anak.Ok, ada betul jugakla dalam 1%.Kenapa saya cakap macam tu? Sebab nak hamil ni is all about getting the right time.Kalau dah kena masa,PJJ ke ape ke..tetap akan jadi.Oleh itu wahai isteri-isteri solehah sekalian, berusahalah!Oh satu lagi berdoa ya.Ingat siapa nak bagi anak.Bukan mak,ayah atau suami(walaupun memang benih dia),tapi Dia.Ok, dah rasa semangat sikit?Macam tulahh!Baru ada mood nak baca entri saya ni :)

Cara nak mudah hamil ni, you have to know the basic rules first.Apa dia?Saya senaraikan basic rules that you have to know:-
  1. Pastikan masa bersama tu, cecair atau air mani suami masuk sedalam-dalamnya.Senang cakap,anda haruslah di posisi bawah dan suami di atas.Pastikan anda letak bantal atau angkat sikit buttox anda tu supaya senang air mani masuk dan tak terkeluar.(Ok, ini 18SX sikit, tapi ada saya kisah?Inikan semua genetal info,bukan video ehem-ehem ke..)
  2. Angkat buttox anda tu lama sikit ye supaya sperma boleh berenang jauh ke dalam
  3. Berdoalah masa tu supaya sperma sampai ke dalam dan bergabung dengan telur(ovum). kemudian ia akan melalui tiub Fallopio dan seterusnya selamat menempel di rahim anda.Cop!!jangan terus ke tandas ye. Kekal baring je terus supaya sperma tu boleh berenang-renang tanpa sebarang gangguan.
Ok, itu dia basic rules yang memang semua isteri-isteri, suami-suami tahu.I bet. Next.


Senggugut Teruk Petanda Awal Endometriosis

Aduh!!Sakitnya perut ni..memulas-mulas..saya tidak mahu pergi kerja hari ni.Favourite word dalam kepala now is "MC".Tak larat nak masuk kerja.Lepas tu terus call boss cakap "I am not feeling well".Bila boss sibuk tanya kenapa, anda jawab-PERIOD PAIN.Pernah guna alasan ni?Saya yakin, beribu-ribu wanita di luar sana memang menggunakan alasan MC disebabkan PERIOD PAIN.Kalau sekali dua tak pe.Ini kalau setiap bulan?Kena pulak boss lelaki,faham ke die?Anda pun dah rasa malu nak beri alasan yang sama.Lepas tu, tensyen sorang-sorang,cakap boss tak fahamla apala.Yela, dah boss awak tu lelaki, mana nak faham masalah kita sebagai wanita ni.

Ok,tak payah nak pening kepala.Anda ambil langkah positif, tambahkan ilmu dahulu, macam mana nak selesaikan masalah period paid anda tu.Suka saya jelaskan, kita perlu faham apa itu period pain dahulu.Dengan kata lain, gunala WH questions.What?When?How? Mudah.

Kelas Bahasa Inggeris cakap, What & Where is Pre-menstrual Period(PMS)?
PMS yang selalu dikaitkan dengan sakit datang bulan adalah kesakitan yang dialami oleh wanita pada bahagian bawah perut ketika datang haid.Mudah faham.

Endometriosis Boleh Dirawat



Hari ni saya nak mengajak anda melayan gambar-gambar di bawah ni sebagai rawatan-rawatan untuk pesakit Endometriosis.Layan petang-petang ni ok.. :)


Pemeriksaan Pelviks.Doktor anda akan memeriksa ovari, rahim dan serviks untuk memastikan tiada unusual things kat dalam tu.Pemeriksaan ini membolehkan anda mengetahui jika ada cyst yang tumbuh di sekitar organ reproduksi anda


Kadang-kadang, pemeriksaan sahaja tidak dapat mengesan Endometriosis(Ms.E, saya singkatkan) ini.Jadi, doktor anda akan melakukan ultrasound, CT scan atau MRI pada tubuh anda.Ini akan membolehkan anda nampak jika ada sebarang CYST atau abnormalities pada endometrium anda

Ini bukan sebarang injection yerr..Ini namanya Laparoscopy.Benda ni caranya, doktor akan buat sedikit hirisan dekat pusat anda untuk bagi abdomen anda mengembang.Lepas tu ada satu alat namanya Laroscope akan dimasukkan dalam hirisan tu(ala, macam kamera kecil la) supaya doktor anda boleh ambil sampel tisu mana yang sesuai dan dikaji di dalam makmal.Kajian ni dinamakan  "Biopsy"

Pesakit Ms.E ni selalunya akan rasa sangat sakit pada  perut like cramping.Jadi, painkiller selalunya akan disyorkan oleh doktor anda seperti acetaminophen, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), seperti ibuprofen or naproxen,(woahh..banyaknya bahasa medik..suka!)

GLA Shaklee Kecutkan CYST 9.7cm

Guten morgen & selamat pagi semua!!

Dah bangun ke..jam dah menunjukkan pukul 8.15 pagi sekarang.Sebelum ini saya ada kongsi tentang Sindrom Polisistik Ovari Punca Wanita Tidak Subur , Cara Merawat PCOS dengan Berkesan dan Rawat PCOS dengan Shaklee GLA Complex .Semalam tak sempat nak update blog sebab ada aktiviti sikit.Kacau bubur asyura kat rumah nenek..best!Baru pagi ni ada masa nak kongsi mengenai keberkesanan GLA Shaklee untuk sembuhkan,kecutkan CYST.

Dekat bawah ni semua adalah testimoni-testimoni para pengguna GLA Shaklee yang percaya bahawa       mereka harus mencuba dan beri peluang kepada diri mereka untuk merasai kebaikan GLA Shaklee ni.Layannnnzzz..




Selepas 6 bulan penggunaan GLA secara konsisten, CYST sebesar 9.7 cm HILANG!!!

Rawat PCOS Dengan Shaklee GLA Complex



5 bahan semulajadi utama yang hebat untuk menghasilkan GLA Complex Shaklee


Siap sedia nak tahu lebih lanjut mengenai PCOS?Semalam saya bercerita panjang lebar mengenai PCOS PUNCA WANITA TIDAK SUBUR Sekarang ni jom kita sambung kelas mengaji yerr..jangan boring tau, sebab info-info yang saya nak kongsi ni semuanya penting :)Hari ni saya nak berceloteh mengenai teaser saya iaitu GLA Complex, satu produk hebat daripada Shaklee.Ingat lagi tak?Mesti ingat punya..anda nak rawat PCOS anda, anda kena kenal dahulu produk hebat ini.Coppp!! Nak beritahu, GLA Complex adalah salah satu cara merawat PCOS secara semulajadi dan selamat yer.OK,macam biasa, saya suka bagi dahulu, kemudian, terangkan.Anda lihat gambar kat atas tu ada tertulis 5 bahan utama GLA kan?Betul.GLA dihasilkan daripada 5 bahan semulajadi seperti minyak biji borage,minyak biji bunga matahari,buah blackcurrent,evening primrose oil(EPO) dan Vitamin E.

Apa kaitan 5 bahan utama ni dengan PCOS?Mari saya terangkan satu-satu yer.. :)


Evening Primrose Oil(EPO)
Saya guna EPO jer la ok.EPO ni,sangat-sangatla banyak manfaatnya tak kiralah dari segi perubatan atau bidang pemakanan.EPO ada kaitan dengan PCOS kerana EPO mempunyai asid lemak iaitu Omega 6 yang akan membantu mengimbangi hormon estrogen dan progesteron anda.Omega 6 ini tak dapat dihasilkan oleh tubuh tau, jadi adalah perlu untuk anda mengambil EPO untuk mengimbangi hormon-hormon anda.

Minyak Biji Bunga Matahari
Ada yang cakap minyak biji matahri ni banyak kalori!!Fakta ke auta?Fakta.Tapi itu bukannya alasan yang minyak biji matahari ni tak boleh dimakan.Cuma, bersederhana itu lebih bagus.Kalau nak tahu, minyak biji matahari ni mampu melawan simptom-simptom yang berkaitan PCOS.Ia mengandungi vitamin B2 iaitu riboflavin dan vitamin B6 iaitu  pyridoxine.Kedua-dua vitamin ini berfungsi untk mengurangkan hormon anda yang ter-overdose itu.Hormon apa yer?Apa lagi, hormon androgens tula.Selain itu, dalam minyak biji matahari ni terdapat Selenium dan Tryptophan yang membantu mengurangkan depresi dan "mood swing" anda.Haa..ingat lagi tak?Depresi dan "mood swing" kan salah satu simptom PCOS.

Blackcurrent
Blackcurrent menjadi agen anti-radang kepada badan anda serta membantu mengurangkan masalah pada kulit wajah seperti jerawat,ekzema dan masalah kulit kering yo!

Minyak Biji Borage
Sengaja saya letakkan bahan yang satu ni kat bawah sikit.Sebenarnya antara EPO dan minyak biji matahari, minyak biji borage adalah yang paling banyak kandungan GLA.Apa itu GLA?GILA kau!!!Bulat tak mata yang dah mengantuk tu??Kena kauuu..hewhew,gurau jer ok..Gamma Linolenic Asid atau GLA ialah asid lemak Omega 6  yang seterusnya ditukarkan oleh badan kepada prostaglandins(bahasa medik ni ok..tolong ingat yerr ).Prostaglandins ni berfungsi membantu membetulkan hormon-hormon daripada sebarang keradangan ataupun kanserlah senang cakap.Ingat balik,sebelum ni saya ada senaraikan, kanser rahim adalah salah satu akibat jika PCOS dibiarkan berterusan!! Selain itu, Prostaglandins juga menyokong sistem saraf dan pembentukkan otot(ini for your info ok..)Nak tahu lebih lanjut tentang GLA Complex Shaklee, KLIK SINI

Cara Merawat PCOS dengan Berkesan

Salam..berjumpa kita sekali lagi..alhamdulillah..

Dah baca entri saya mengenai PCOS?Hari ni saya akan sambung semula mengenai PCOS.Buat pelawat blog saya yang tak tahu apa itu PCOS dan simptom-simptomnya boleh KLIK SINI.

Saya dah survey tengok, rata-rata wanita di Malaysia ni memang mempunyai masalah PCOS ni.PCOS ni kesannya sangatlah menggerunkan kerana ia menyerang sistem reproduksi wanita.Disebabkan ramai yang mengalami ketidakseimbangan hormon,risiko-risiko seperti di bawah akan berlaku jika tidak diubati dengan segera.
  1. Kegagalan ovari 
  2. Keguguran yang berulang
  3. Kencing manis semasa hamil
  4. Tekanan darah tinggi semasa hamil
  5. Kebarangkalian menghidapi kanser rahim
  6. Sakit jantung & strok
  7. Mengalami masalah dengan tekanan gula dalam darah

Saya faham, wanita di luar sana dah mencuba pelbagai cara untuk merawat masalah ini Ada yang sudah consult doktor dan dan meminta doktor membuat vaginal ultrasound.Terkejut bukan kepalang!! Mereka mendapati bukan satu je ovari mereka yang dah membengkak, tetapi dua!Nauzubillah..lebih memburukkan keadaan, pada kedua-dua ovari tu kelihatan seperti bintik-bintik hitam di dalamnya juga.Itula dia benih-benih atau ovum tadi yang terperangkap di dalam ovari yang tak dapat dilepaskan ketika waktu subur.Kalau nak tahu,bintik-bintik hitam ini digelar "Honeycomb Appearance".Tak cukup dengan itu, ada yang melakukan ujian makmal untuk memastikan hormon androgen mereka berlebihan atau tidak.

Polycystic Ovary Syndrome(PCOS) Punca Wanita Tidak Subur

Anda berasa diri tidak subur?
Period anda kejap datang kejap tidak?
Pening memikirkan bagaimana nak subur dan hamil?
Dah cuba banyak cara & produk tapi masih tidak dapat selesaikna masalah?

Apa itu PCOS pula??

Polycystic Ovary Syndrome(Sindrom Polisistik Ovari-dalam BM) atau lebih dikenali sebagai PCOS menjadi salah satu punca wanita tidak subur.PCOS ialah satu penyakit di mana ia akan menyerang ovari kita.PCOS berlaku apabila seseorang wanita itu mempunyai ketidakseimbangan hormon dan menyebabkan ovari berhenti berfungsi.Dalam sesetengah kes, ovari boleh membesar dan diselaputi oleh cyst.Hal ini berlaku kerana benih-benih(ovum) di dalam ovari tidak dapat menetas pada waktu subur dengan betul dan seterusnya berkumpul dan menyebabkan ovari membengkak!!


Disebabkan itulah PCOS adalah punca dan penyebab kepada period tidak teratur dan hormon androgens yang berlebihan. Kalau anda nak tahu, hormon androgens ni ialah sejenis hormon lelaki.Selalunya, wanita yang menghidapi PCOS ni akan mempunyai MASALAH UNTUK HAMIL.
Sumber: Mingguan Malaysia 9 November 2014, Bahagian KESIHATAN Muka surat 26

Tahukah anda, PCOS juga menyerang wanita yang mempunyai sejarah kencing manis di kalangan keluarganya!!!

Lebih mengejutkan, PCOS adalah pembunuh dalam senyap atau 'silent killer' kerana ianya tak boleh dikesan dengan hanya sekali ujian ke atas para pengidapnya.Paling menakutkan, tanda-tanda dan simptom-simptom penyakit ni sangatlah berbeza di antara pesakit-pesakit(yang ni nanti saya cerita kejap lagi).Selain itu, PCOS juga boleh dikaitkan dengan kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan tahap kolestrol yang tinggi.Bahayanya!!Jangan pandang remeh ya PCOS ni.Kalau anda rasa period anda tak teratur tu,cepat-cepatla consult doktor ya.Ini saya sangat-sangat tekankan.

Ok, berbalik pada cerita PCOS,malangnya, ramai yang menyedari mereka mempunyai PCOS apabila mereka berjumpa dengan doktor kerana mereka berasa diri mereka tidak subur.Memang betul, salah satu sebab terjadinya PCOS ialah ia menyerang wanita yang tidak subur.Bagaimana dikatakan seseorang wanita tu tidak subur?Susah jugak nak jawab soalan ni yer..Tapi, saya boleh kongsi apa itu waktu subur.

Saya yakin majoriti wanita di sini  faham apa itu waktu subur mereka.Kena faham betul-betul yer, awak tu perempuan..hehe..ok, saya akan terangkan yer..Selain daripada peningkatan suhu badan, anda boleh nampak terdapat lebihan cecair pada seluar dalam anda kerana pada waktu ini, Luteinizing Hormone(LH) sedang meningkat.Selalunya waktu subur adalah hari ke-14 sebelum hari pertama haid seterusnya.Kiranya macam ni, haid anda bulan lepas berakhir pada 20/10/14.Jadi waktu subur anda ialah pada 2/11/14.Faham tak? Bagus.Jika kitaran haid anda adalah selama 28 hari, senangla nak kira waktu subur anda.Sebab setiap wanita kiatran haid dia tak sama, ada yang 28,30..sampai 35 pun ada.

VIVIX Shaklee Berupaya Bebaskan Kanser



KERATAN AKHBAR MENGENAI KANSER & BARAH DI MALAYSIA


Kalau saya tanya satu soalan, adakah anda mengidap kanser?Saya pasti ramai yang tidak boleh menjawabnya dengan katakan TIDAK, SAYA BEBAS KANSER.Selain menjadi penyebab kepada kematian seseorang, kanser atau barah boleh menyerang sesiapa sahaja tak kira umur,jantina, pangkat atau agama.Lihatlah di dada-dada akhbar, boleh dikatakan setiap minggu mesti ada sahaja perkongsian mengenai kanser.Tidak kiralah perkongsian berbentuk ilimiah yang berupakan nasihat adan tips atau kes kematian disebabkan kanser atau barah.Semua itu merupakan petunjuk bahawa bahaya kanser dan barah yang semakin menular di negara kita.

Sebagai manusia, kita tidak lari daripada perasaan takut terhadap penyakit ini.Kalau boleh, minta sihat-sihat sahaja kannn.Tetapi jangan lupa pada Pencipta kita, hanya ia yang menentukannya.Apapun, kita berhak untuk menghindari penyakit kanser ni.

Setiap penyakit pasti ada punca dan asbabnya.Sebagai contoh, kanser paru-paru.SMOKING!!!
Menghisap rokok sama ada aktif atau pasif, adalah penyebab utama kanser paru-paru . Penyelidikan sejak tahun 1950an telah menunjukkan dengan jelas kaitan rokok dan kanser paru-paru.

6 Mitos Tentang Penyusuan Susu Ibu

6 MITOS PENYUSUAN SUSU IBU

Pernah dengar tak pasal mitos-mitos penyusuan susu ibu?Kalau tak pernah, meh sini saya nak kongsi sikit mengenai mitos-mitos tu.Mitos tu ape??Mitos tu macam kepercayaanla.ala, lepas anda baca mesti anda faham..oh..ni..itu.. jom baca!

MITOS #1Untuk mencukupkan keperluan air bayi, ibu-ibu perlu memberi air masak kepada bayi anda
FAKTA: Bayi yang normal dilahirkan mempunyai simpanan air yang cukup dalam badannya sehinggalah ibu menyusukannya bagi memastikan mereka tidak terhidrat.Susu ibu pula mempunyai suhu yang berubah-ubah bagi menghilangkan dahaga serta mengenyangkan mereka.Untuk mengetahui mereka mengalami dehidrasi atau tak,perhatikan air kencing mereka.Jika meeka kencing sebanyak 6-8 liter sehari, itu menandakan air mencukupi dalam badan mereka :)  
MITOS #2 Saya perlu mengurut terlebih dahulu puting saya sebelum menyusukan bayi
FAKTA: Payudara seorang ibu memang telah diciptakan semulajadi untuk menyusui bayi.Jadi, anda tak perlu mengurut terlebih dahulu payudara anda.Apabila anak merengek nak susu tu, bagi jer terusss.Bukan apa, takut perlakuan mengurut tu nanti boleh memudaratkan pula.

Anak Genius dan Pandai Idaman Para Ibu Bapa

Salam semua..

Pagi ni nak sembang pasal anak genius.Siapa kata anak yang tak pandai tak boleh pandai?Semuanya bergantung kepada banyak faktor.Tambah-tambah jika anak sudah meningkat remaja.Cabaran membesarkan anak remaja memang tak dapat dinafikan di zaman serba moden ini.Tak kiralah anak lelaki atau perempuan.Baru-baru ni negara kita kecoh dengan soalan UPSR bocor kann..heheh..selit sikit  isu negara..UPSR adalah peperiksaan pertama untuk anak-anak anda sebelum melangkah ke sekolah menengah.Mesti kena buat betul-betul kann..Persediaan kena rapi.Dah lepas UPSR, dah masuk sekolah berasrama penuh, datang pulak ujian-ujian penting dalam kelas.Kena kekalkan momentum sebelum nak menghadapi peperiksaan kedua terbesar iaitu SPM.Saya nak tanya, berapa ramai ibu bapa zaman sekarang ni yang prihatin tentang keperluan anak-anak mereka terutamanya bila cakap bab pemakanan.Yerr..ibu bapa memainkan peranan penting kat sini..Bukanla nak kata kena ikut jadual pemakanan setiap hari, itu dah macam diktator dah tu..tapi perhatikan apa yang mereka makan.Haa..zaman sekarang ni, kalau tak der makanan ringan dalam menu harian mereka memang tak sahlaaa...kan?kan??

Makanan ni mesti menjadi pilihan anak-anak anda kan..
Saja nak kongsi, pengalaman sendiri, masa saya kecil-kecil lagi, ayah saya memang jaga pemakanan saya adik-beradik.Kami memang tak makan makanan ringan sampai besar.Bila dah masuk universiti barulah kenal apa tu Secret Recipe,JCO ker ape..hehe..Bukan tak mampu nak beli, tapi ayah tak ajar.Kalau habis kemaruk pun memang jarang sangatla makan KFC ke ape..dalam 2 bulan sekali.Alhamdulillah berkat didikan mak ayah, kami empat beradik berjaya melangkah ke peringkat universiti dengan lulusan yang cemerlang... :)

Ok, berbalik pada topik asal,kadang-kadang ibu bapa hanya prihatin pada anak-anak masa anak-anak mereka masih di peringkat awal..contohnya pada peringkat sekolah rendah.Bagi makan produk-produk untuk jadi genius.Tapi, sementelah anak melangkah ke zaman remaja(sekolah menengah), amalan itu seolah-seolah diabaikan Mungkin, lebih memberi perhatian kepada adik-adik yang lain yang lebih memerlukan.

Anda silap tu...cara mendidik anak yang betul ialah, anda mesti konsisten mendidik mereka.Bukan setakat di peringkat permulaan sahaja ya.Ingat tu.Kalau masa kecil boleh beri mereka makanan untuk genius, di zaman remajapun, mesti kekalkan.

Di sini, saya syorkan set belajar remaja Shaklee(12 years above) yang terdiri daripada Omegaguard,Lecithin dan B-complex.
Nak dapatkan harga istimewa boleh hubungi saya :)


Cantik Mulus dengan Masker ESP & Vitamin E


Wanita memang sinonim dengan kecantikkan.Tidak kiralah di mana jua, mesti nak cantik, nak bergaya.Bila cerita pasai bab cantik ni, yang utama sekali mestilah wajah.Dari wajahla datangnya cinta..kannnn..huhu..Apapun, wanita memang sanggup berhabisan duit mereka sebanyak mungkin demi mendapat kepuasan wajah cantik.Kadang-kadang sampai habis beratus-ratus, beribu-ribu hengget..Ada pulak yang sanggup cucuk-cucuk sana sini.Aduhh..kenapala nak habiskan duit nak seksa diri bagai..Banyak lagi cara lain contohnya macam buat masker.Buat masker sendiri tau."Homemade Masker".Mudah sahaja, ambil masa dalam 15 minit macam tu jer.Duitpun tak habis banyak.Jom intai tengok cara nak buat homemade masker ni..

Oh ya,guna produk Shaklee tau..produk semulajadi, tak perlu risau tentang tindakbalas kimia ke ape..semuanya natural wokeyyyy..dijamin selamat dan asliiiiii.. :P

Kali ni, produk Shaklee yang menjadi pilihan saya ialah ESP & Vitamin E.Tak perlu saya terangkan cara-cara lagi sebab dekat flyers saya tu dah ada diterangkan cara nak apply ke wajah anda supaya cantik mulus dan berseri.Anda cuma layan jerrr ok.. :P





Khasiat Madu untuk Ibu Hamil & Bayi

Salam semua,

Hari ni nak sembang mengenai madu.Suka makan madu tak?Siapa tak suka..madu kan manis..banyak pula khasiatnya.

Sebenarnya, ada apa dengan madu?

Bagi masyarakat muslim , keyakinan pertama berkaitan madu adalah ianya mempunyai ubat bagi pelbagai jenis penyakit yang dideritai manusia.
”…..dari perutnya (lebah) itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia...” – surah lebah , ayat 67.
Dari Ibnu Abbas R.A. dari Rasulullah S.A.W. : ”Kesembuhan dari penyakit itu dengan melakukan tiga hal : berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu”. HR. Shahih Bukhari.

Khasiat Madu untuk ibu dan bayi:-

ESP Untuk Siapa??

Istimewanya ESP niii!!!



  • SUMBER TERBAIK DARIPADA 30KG KACANG SOYA
  • Mengandungi sumber protein lengkap 
  • Rendah lemak-Kolestrol zero
  • NON-GMO
  • HALAL
Nak beli untuk sesiapa pun boleh.....

Nak beli untuk mak dan ayah?
Nak beli untuk suami atau isteri tersayang?
Nak beli untuk adik yang sedang hamil?
Nak beli untuk diri sendiri?
Nak beli untuk tokwan??hew hew..


Hilangkan Bau Badan dengan Alfalfa!!




Bau badan yang tidak menyenangkan bukan sahaja memberi ketidakselesaan pada empunya diri, malah orang-orang di sekelilingnya.Pemakanan yang tidak seimbang juga menjadi salah satu faktor selain daripada kebersihan diri yang perlu dijaga rapi.Kadang-kadang, empunya diri sedar akan bau badannya, tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan, seperti tidak memakai deo-dorant atau ubat ketiak.Inilah yang menjadikan empunya diri akan dipandang selekeh oleh orang-orang di sekelilingnya.Tak tahulah kerana perasaan malas nak pakai ubat ketiak ataupun rimas.Akan tetapi, ada juga yang tak sedar akan bau badannya..agaknya hidung dia tersumbat kot..hew hew..Yang ni, orang sekitarnya kena ambil peranan, terutama sekali kawan baik atau keluarga terdekat.Kawan saya pernah hadiahkan ubat ketiak sebagai set hari jadi die..campurla dengan wangian sumerr supaya dia tak terasa.Bimbang juga pemberian itu disalah ertikan..tapi alhamdulillah..teguran cara halus tu berkesan..Ada lagi kawan saya juga, dia beri ubat supplement.Haa..yang ni senang..nak tahu apa dia bagi??SET SHAKLEE untuk hilangkan bau badan.Nak tau apa ada dalam set ni?? Cer tengok bawah tu... :)

Resepi Mudah Dengan ESP





Memandangkan sekarang ni tengah promosi ESP, saya teruskan kongsi info tentang ESP,apa yang boleh dibuat dengan ESP.Hari ni saya nak kongsi 4 resepi mudah ESP yer.Ada sesetengah orang tak berapa suka rasa soya, tapi janganla risau.ESP ni boleh dibancuh dengan apa jua minuman kegemaran anda tau.Kalau rasa nak buat smoothie pun boleh, ice-blended pun boleh..minum saja pun boleh(yang ni suami saya buat).Ikut selera tekak masing-masing.Janji, khasiat ESP,masuk tekak..hewhew..OK, enjoy resepi di bawah ok..

Resepi #1: ESP Mangosteen Energizer


 Bahan-bahannya:-

1) 3 sudu besar ESP
2) 1 cawan jus manggis yang telah dikisar(terpulang pada anda nak kisar sehalus mana)
3) 1/2 potong buah betik
4) Sedikit ais batu

*KISAR semua bahan.SIAP dinikmati!!


Tips Membawa Bayi Naik Kapal Terbang (Menyusu Bayi)





Siapa pernah membawa bayi  melancong menaiki kapal terbang?Berapa umur bayi anda ketika itu?Bagaimana anda menyusu bayi anda??


Mesti mencabar kannn..tambah-tambah kalau bayi anda berusia bawah dari satu tahun.Macam-macam ragam dia yerr..Pulak tu, penerbangan anda adalah dalam tempoh yang agak lama. Maklumla sekali-sekala..jauhla terbang yerr..hewhew.. :P
Jangan risau, bawa jer bayi anda bersama. Ingat, jangan jadikan bayi anda sebagai subjek untuk menghalang anda sentiasa bersamanya walaupun terpaksa membawanya menaiki kapal terbang. Penerbangan anda akan menjadi lebih mudah dan menyenangkan apabila anda membuat perancangan teliti, tidak kira anda mengembara berdua saja dengan bayi atau bersama ahli keluarga lain. 



Penyusuan Bayi Mudah Jika Anda Katakan Ya!!

Salam semua,

Wooahhh..hari ni semangat sikit nak update blog.Nak citer pasal menyusu since sayapun memang tengah menyusu anak.hewhew.. :P

Dulu, saya tak kenal set menyusu shaklee ni.Tapi, disebabkan ramai kenalan yang dok bergosip pasalnya,bukan yang tak baik yerr..tapi yang baik-baik belake.Susu bertambah lepas guna set menyusu ni selama 3 minggu, susu makin pekat, bayi cepat kenyang dan macam-macam lagila saya dengar.

Eh!sebelum tu, ada yang bertanya dengan saya, susu ibu ni nak kena 'prepare' seawal saya hamil kerr?Semua ni kuasa Allah, tapi jangan berserah je.Ingat, rezeki takkan datang bergolek.Anda perlu usaha di samping doa dan tawakkal.Katakan YA! Anda boleh usahakan.Contohnya:-


  • Berniat dalam hati dengan ihklas serta berdoa semoga Allah memperbanyakkan dan mempermudahkan penyusuan anda selama 2 tahun

"Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Apabila kedua-duanya ingin memberhentikan (sebelum cukup tempoh dua tahun) dengan kerelaan kedua-duanya dan melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi kedua-duanya.”

Surah Al-baqarah, 233

Sejarah Vita-Lea yang Patut Anda Tahu

S.E.J.A.R.A.H.V.I.T.A.L.E.A


Hari ni saya nak cerita sedikit mengenai asal-usul vita-lea shaklee.Kenapa vita-lea dan bukan yang lain??hehe..Sebenarnya saya tertarik dengan perkataan 'Improved Formula' pada botol vita-lea.Dengan kata lain yang mudah nak faham, dah ditingkatkan formulanya daripada yang dahulu.Bila macam ni, saya terpanggil la nak kenal-kenal dengan vita-lea yang dahulu tu macam mana, apa sejarahnya sampai dah ditingkatkan formulanya.Mesti produk ni dah lama kann...mesti Shaklee ambil masa lama dan bukan singkat jerr nak temui formula baru supaya sesuai dengan formula yang lama dahulu. 

Apa lagi, jomla teropong!!

Keistimewaan Shaklee Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai 'Vitalize-Mineral' dan disingkatkan sebutan kepada 'Vita-min'.Oh..namapun pernah ditukarkannn..Mengikut bacaan saya, peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. Woowww..dari cecair yang boleh diminum kepada tablet.Kagum!Kagum!!



Makanan Pertama Bayi Anda

Hi semua..

Hari ni saya nak kongsi mengenai puri bayi.Setiap bayi yang dilahirkan adalah berbeza.Selalunya, ibu bapa akan memperkenalkan solid food ni kepada bayi mereka ketika bayi berumur antara 6 bulan ke atas.Tolong ya, jangan memperkenalkan solid food ni sebelum bayi anda 6 bulan yerr.Kenapa?Sebab sistem pencernaan bayi belum cukup matang nak hadam solid food ni sumer.Ini akan menjejaskan kesihatan bayi anda serta sistem penghadamannya.Bayi anda mungkin berisiko untuk mendapat sebarang jangkitan, alahan dan juga cirit-birit.

Anda adalah ibu buat pertama kali??Tak tahu macam mana nak menyediakan puri?Tak tahu nak bagi puri apa?Puri ke bubur nasi??

Kalau nak tahu, mengikut bacaan saya, seelok-eloknya, beri bayi anda puri buah atau sayur dahulu sebelum memberinya bubur nasi.Ini adalah salah satu langkah untuk membiasakan dirinya dengan solid food atau "benda asing" di dalam perutnya tu..Oh, jangan lupa ikut "4 days Rules"."4 days rules" ialah apabila ibu-ibu memberi masa selama 4 hari untuk melihat perkembangan atau tindakbalas bayi anda pada setiap sesutu solid food yang baru.Nak senang  faham, anda beri bayi anda puri buah epal pada hari Isnin,pada hari Jumaat,baru anda beri dia puri lobak pula.Ini adalah penting juga untuk mengetahui tahap kesesuaian dan selera bayi anda.

Terapi Sonotron

Selamat pagi semuaa..yang balik kampung tu, dah sampai rumah ke..alhamdulillahhh..

Semalam masa tengah main dengan anak, tiba-tiba terjumpa brochure mengenai Terapi Sonotron.Pernah dengar tak??? Kalau tak pernah, jemput baca, sebab sayapun dapat tambah ilmu jugak di samping berkongsi dengan semua.Untuk kite-kite ajeerr..heheh..


TANPA UBAT
TANPA SENTUHAN
TINDAKAN SERTA MERTA
TIADA KESAN SAMPINGAN


ESP Shaklee Apa Kelebihannya?



CINTA ESP

Errk..kenapa tajuknya cinta ESP pula petang-petang ni.Haa..ni nak kongsi tentang ESP ni.Apa kaitan pula ESP dengan CINTA pula..Cuba tengok betul betul perkataan CINTA ESP.ESP ialah sejenis minuman nutrisi tambahan untuk tubuh kita.Bila kita dah terlalu suka dengan minuman ni sampai hari-hari tak boleh berpisah, dok teringat jerr..mandi tak basah, tidur tak lenaa..opss..heheh..ni bukan simptom cinta ke???Ada kaitan kannnnnn...Mai nak tanya sikit..dah tersenyum dahlerr tu soalan apa saya nak tanya tu..Semua kat sini pernah bercinta atau jatuh cinta kan???Manis kan perasaan bercinta dan jatuh cinta tu??Nak rasa lagi tak??Nak kannnnnnn..Jom baca lagi kalau nak rasa betapa manisnya CINTA ESP ni.

Ok,sebelum kita jatuh cinta dengan seseorang,mestila kita kena kenal dulu tentang si dia kan?Begitu juga CINTA ESP ni.Anda kena betul-betul kenal apa ESP ni.Sebab benda kan..takkan nak guna siapa pulak yerrr...kita berangan sikit petang-petang ni supaya perasaan tu MANIS je raserrr..mood pun HAPPY jerr..

JOM UBAH dengan CINCH SHAKE MIX SHAKLEE!


Masalah Kegemukkan?Perut Menggeleber dan Boroi?
Mahu Kurus dengan Selamat dan Sihat?
Malu tapi Mahu???



Shaklee ada menawarkan produk pelangsingan yang berkualiti tinggi dan dijamin HALAL.
Selamat datang ke program JOM UBAH..cewahhhh





Perbandingan KUALITI SCP dengan satu jenama lain

Bismillahirrahmaanirahim...

Salam Jumaat semua!!


Banyak betul sharing pasal testimoni shaklee collagen powder semalam ye..fikir-fikir,kolagen ni untuk bagi wajah nampak awet muda, sentiasa sihat bertenaga, remaja selaluuu..siapa tak nak???Tapi, perasan tak, harga kolagen ni boleh tahan jugak ye.Nak cantikz gebu gebaspun kalau anda pandai wat pilihan bijak, lagi masyukkkkkk..Tadi saya cubala survey-survey tengok harga pasaran kolagen ni..Yerr..saya jumpa range harganya antara RM 130 ke RM560..woooowwwww....

Kenapa range harganya sampai dekat RM500++ tu??haa.kalau nak tahu,semua wanita di luar sana kenala kenali betul-betul jenis, fungsi dan tahap keyakinan anda terhadap sesuatu jenama kolagen tu.Sekarang, saya nak buat quality surveyor sikit jenama yang lebih kurang sama fungsinya.Jenama ICOLL (contohnyee.)Saya buat perbandingan kolagen yang lebih kurang Shaklee Collagen Powder jugak di mana ianya menyediakan 15 sachet senang dibancuh,fungsipun lebih kurang sama dari segi utamanya iaitu untuk keanjalan,kelembutan dan kelembapan kulit.Akan TETAPI!!!!!Ada perbezaan di sini yang kalau anda semua zoom in tengokkkkkkkk...


Tu dia...Mai Dah...Biar Gambar Yang Cerita,Mulut Diam Ja nah..

Tu dia..mai dah..biaq gambaq yang jadi tukang cerita..

Testimoni Shaklee Collagen Powder yang Marveloousss!!!!

Anda lihat, Anda dah BUKTI..

Depa yang dah pakai, depa dah rasa

Hampa tengokpun tak tahan..

Kulit jadi gebu gebas, dari wajah kusam kepada glowyyy..waweeee...!!! :)

Layanzzzz....












DIET IBU MENYUSU

Bismillahirrahmaanirrahimm…

Salam sayang semua!!

Anda baru bergelar ibu?Saya sudah.Dah 5 bulan dahpun..alhamdulillah.Macam saya dulu, pening nak fikir pasal anakla,suamila..badan la..Haa..sebut pasal  badan.Makanan apa yang senang dimakan waktu menyusu ek??Ada makanan atau diet tertentu ke yang perlu diikut??

Ok,yang mana tengah makan makanan pantang tu sila teruskan ye.Lepas pantang, nak makan apapun boleh kan..OPPPPSS!! silap tu..kena diet jugak tau..Mengikut bacaan saya, seseorang ibu yang menyusu hanya perlu mengambil 200-500 kalori sahaja setiap hari.


Ketahui Perbualan Saya dengan Mr.G Mengenai Bengkak Susu

Payudara bengkak,bengkak susu,susu tersumbat,sakit pada buah dada,payudara mengeras.Perkataan ni selalu  anda dengar apabila anda menjadi ibu yang menyusu bayi anda.Saya sendiripun dulupn tak tahu apa rasanya sehingga ketika bayi saya berumur 2 bulan,saya mengalaminya sendri.Memang sakit dan stress.Stress sebab apa?Sebab nak keluarkan susu, tapi tak boleh.Pada mulanya, ketika saya menyusu anak saya, saya urut-urutla sambil menyusu ‘Afif.Lepas dia dah kenyang, sakit masih ada.Apa maksudnya tu?Sekali lagi saya stress.
Apa saya buat?Saya cari Mr.G, mengenai cara mengatasi bengkak susu.Dah jumpa!!
Berikut adalah persolan-persoalan saya dengan Mr.G

Saya:Mengapakah payudara saya bengkak dan sakit?
Mr.G: Pada minggu pertama selepas bersalin, anda mungkin dapati buah dada anda sangat membengkak, sakit, berdenyut, membonjol serta terasa penuh dan tidak selesa. Kadang-kala bengkak itu sampai ke bawah ketiak. Anda juga mungkin mengalami demam. Tetapi jangan risau. Walau seteruk manapun bunyinya, keadaan ini hanya sementara.