Makanan Pertama Bayi Anda

Hi semua..

Hari ni saya nak kongsi mengenai puri bayi.Setiap bayi yang dilahirkan adalah berbeza.Selalunya, ibu bapa akan memperkenalkan solid food ni kepada bayi mereka ketika bayi berumur antara 6 bulan ke atas.Tolong ya, jangan memperkenalkan solid food ni sebelum bayi anda 6 bulan yerr.Kenapa?Sebab sistem pencernaan bayi belum cukup matang nak hadam solid food ni sumer.Ini akan menjejaskan kesihatan bayi anda serta sistem penghadamannya.Bayi anda mungkin berisiko untuk mendapat sebarang jangkitan, alahan dan juga cirit-birit.

Anda adalah ibu buat pertama kali??Tak tahu macam mana nak menyediakan puri?Tak tahu nak bagi puri apa?Puri ke bubur nasi??

Kalau nak tahu, mengikut bacaan saya, seelok-eloknya, beri bayi anda puri buah atau sayur dahulu sebelum memberinya bubur nasi.Ini adalah salah satu langkah untuk membiasakan dirinya dengan solid food atau "benda asing" di dalam perutnya tu..Oh, jangan lupa ikut "4 days Rules"."4 days rules" ialah apabila ibu-ibu memberi masa selama 4 hari untuk melihat perkembangan atau tindakbalas bayi anda pada setiap sesutu solid food yang baru.Nak senang  faham, anda beri bayi anda puri buah epal pada hari Isnin,pada hari Jumaat,baru anda beri dia puri lobak pula.Ini adalah penting juga untuk mengetahui tahap kesesuaian dan selera bayi anda.



Ok, kat bawah ni adalah resepi-resepi mudah puri untuk anda cuba di rumah untuk si manja anda!Enjoy..




















Buat masa ni saya baru beri bayi saya puri lobak dan epal.So far, alhamdulillah, pandai dia makan.hehe.Lepas ni nak cuba puri buah kurma pula.Oh ya, kalau anda nak pelbagaikan rasa, boleh jerr tambah satu sudu kecil madu untuk rasa manis sikit.Susu ibukan rasa manis-manis sikit.Tapi, kalau anda dah campurkan susu ibu dalam puri anda tu, tiada masalah kalau nak beri bayi anda macam tu jerr..hihi..

Bawah ni ada sedikit tips untuk ibu-ibu semasa memperkenalkan makanan pertama untuk si manja anda.



Selamat Mencuba!!!


0 comments:

Catat Ulasan