Assalamualaikum
Pernah dengar tentang simpul biawak atau simpul mengkarung?atau...krem di kaki semasa hamil?
Untuk para ibu di luar sana,tak semua yang mengalaminya, tetapi, saya sendiri masih teringat sewaktu saya hamil anak pertama saya dahulu.Simpul biawak ni kalau bagi saya, selalu terjadi bila saya tidur, di waktu malam.
Saya akan terjaga dek kerana ada rasa 'hentakan' di kaki,Lepas tu..apa lagi, sakitla.Apa yang saya buat?Jangan terus gerakkan kaki yang sakit tu, layankan dulu sambil pejam mata(heheheh).Lama kelamaan ia akan beransur hilang.INGAT!!! Jangan sesekali melawan sakit tu dengan menambah lagi gerakan pada tempat sakit tu.
Haa..itu saya cerita pengalaman saya sendiri yang mengalami simpul biawak.Anda pula bagaimana??
Hari ini saya nak cerita sedikit mengenai simpul biawak sebab sayapun pernah hamil dan mengalaminya.Jadi, tak salah kalau saya kongsi sedikit info mengenai simpul biawak ni.Kesian kat biawak ni yerr..dia dapat nama..hihi
BAGAIMANA SIMPUL BIAWAK BERLAKU?
Simpul biawak berlaku apabila berlakunya kekejangan pada yang disebabkan oleh pengecutan otot secara tidak terkawal atau dikenali lebagai 'Noctunal Leg Cramp' yang menyebabkan si ibu susah untuk bergerak kerana berasa sakit di bahagian serangan.
KENAPA SIMPUL BIAWAK BERLAKU?
Untuk pengetahuan ibu-ibu, simpul biawak berlaku kerana badan anda mengalami dehidrasi di mana anda kekurangan garam mineral dan dan nutrien seperti Kalsium dan Magnesium di dalam darah anda.Lebih memburukkan lagi keadaan apabila kekejangan ini tercetus kerana kekurangan pengaliran darah ke bahagian tertentu(selalunya kaki) dek kerana kedudukan atau posisi yang tidak betul
TEMPAT-TEMPAT YANG MUDAH DISERANG
1-Tapak kaki
2-Betis
3-Paha
4-Perut
5-Leher serta bahu
6-Belikat
7-Tapak tangan dan jari.
TIPS & RAWATAN UNTUK SIMPUL BIAWAK
- Minum air masak secukupnya
- tidak berdiri atau menyilang kaki terlalu lama
- Lapik kaki dengan bantal supaya kaki anda berada dalam posisi lebih tinggi daripada kepala semasa tidur
- Urut kaki dan betis secara lembut sebelum tidur bagi melancarkan peredaran darah
- Pakai stokin sokongan dan kasut sesuai dan selesa sepanjang hari
- Lakukan senaman regangan otot sebelum tidur
- Mandi dengan air suam sebelum tidur
- Imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan karbohidrat,air dan garam mineral yang secukupnya juga adalah penting
Kandungan Kalsium & Magnesium yang tinggi di dalam Ostematrix |
TESTIMONI PARA IBU SELEPAS MENGAMBIL OSTEMATRIX KETIKA HAMIL
Untuk membuat pembelian, anda ada dua cara iaitu;-
1) Beli terus daripada Shaklee dengan menggunakan kad debit atau kredit anda.BUY OSTEMATRIX NOW!!
2) Anda boleh terus hubungi saya seperti di bawah.
COD SELURUH MELAKA |
0 comments:
Catat Ulasan