Penyusuan Bayi Mudah Jika Anda Katakan Ya!!

Salam semua,

Wooahhh..hari ni semangat sikit nak update blog.Nak citer pasal menyusu since sayapun memang tengah menyusu anak.hewhew.. :P

Dulu, saya tak kenal set menyusu shaklee ni.Tapi, disebabkan ramai kenalan yang dok bergosip pasalnya,bukan yang tak baik yerr..tapi yang baik-baik belake.Susu bertambah lepas guna set menyusu ni selama 3 minggu, susu makin pekat, bayi cepat kenyang dan macam-macam lagila saya dengar.

Eh!sebelum tu, ada yang bertanya dengan saya, susu ibu ni nak kena 'prepare' seawal saya hamil kerr?Semua ni kuasa Allah, tapi jangan berserah je.Ingat, rezeki takkan datang bergolek.Anda perlu usaha di samping doa dan tawakkal.Katakan YA! Anda boleh usahakan.Contohnya:-


  • Berniat dalam hati dengan ihklas serta berdoa semoga Allah memperbanyakkan dan mempermudahkan penyusuan anda selama 2 tahun

"Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Apabila kedua-duanya ingin memberhentikan (sebelum cukup tempoh dua tahun) dengan kerelaan kedua-duanya dan melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi kedua-duanya.”

Surah Al-baqarah, 233


  • Rajin memBACA tentang ilmu-ilmu penyusuan, teknik dan cara-cara supaya anda mudah membiasakan diri anda saat anda mempunyai bayi kelak
  • Ikuti kelas penyusuan.Ini penting sebab kalau anda baca je tak dapat praktik, takut kekok pula nanti.Ingat, teknik-teknik penyusuan yang betul penting tau.KLIK SINI
  • Berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu terdahulu-Jangan berat mulut bertanya yerr.Tak tahu, tanya, bukan diam je
  • Amalkan pemakanan sihat di samping tidur dan rehat yang secukupnya


Ok, dah faham semua?Bagus.Sekarang ni nak bebel pulak.Back to penyusuan yerr..

Masalah susu kering atau merudum ni dah biasa saya dengar.Tapi tahukah anda, susu anda tak pernah kering.YA!!! tak pernah.Susu merudum tu disebabkan cara pemberian susu yang tidak konsisten.Contohnya, anda adalah ibu bekerja.Selama berpantan, anda kerap beri bayi anda menyusu.Apabila pulang ke kantor(ops..bahasa Indon pulak..hewhew..),sibuk memanjang, anda tidak sempat untuk pam susu anda.Hal inilah yang menyebabkan susu anda merudum.Bukan salah siapa, tiada siapa yang salah.Cuma, anda perlu bijak membahagikan masa.Mai sini saya bagi tips sikit(sayapun berkerjaya juga dahulu).

Hari pertama masuk kantor tu, dah jumpa semua-semua rakan sekantor, luangkanlah masa selam 10 minit.Buat checklist ala-ala timetable.Setiap 2 jam, pergi pam susu.Ingat, letak checklist tu dekat dengan anda yer supaya anda tidak leka dengan kerja-kerja anda tu.Kat sini, anda perlu ALERT,TEPATI MASA.Ya!! Anda boleh.

Ok, andai kata anda terlepas waktu yang pertama tu, pukul 10pagi.Anda ada emergency meeting.Lepas jer habis meeting tu, terus pergi pam.Jangan cakap, okla, tunggu pukul 12 tengah hari jap g lerr sebab dalam checklist macam tu.Jangan ya..sebab kalau anda lengah-lengahkan pam susu anda, takut bengkak pula susu.KLIK SINI. Ingat!! checklist tu adalah sebagai panduan anda supaya anda rancang jadual penyusuan anda.

Susu ibu ni adalah berkonsepkan demand-supply.Lagi kerap anda menyusu, lagi banyak susu akan terhasil.Macam mana dikatakan demand-supply ni?Ececeh..macam belajar ekonomi pulak yer..

Seringkasnya...


Konsep Demand vs Supply..
Bila demand tinggi, kita pun perlu supply banyak jugak..
Bila baby kuat menyusu direct atau kita mengepam susu secara konsisten,
Maka makin banyak la susu yg terhasil.. 
Semakin kerap kita mengosongkan breast,
Semakin banyak susu yg akan terhasil..
Tu la yg dinamakan Demand vs Supply

Tiada alasan untuk menyusu bayi anda..katakan YA!!


Diharapkan semua ibu-ibu atau bakal ibu di luar sana tolong jangan berputus asa.Selalu katakan YA! Anda boleh.Ingatlah bahawa setiap kesusahan yang anda lalui tu akan ada manisnya.Tak mahu ke tengok bayi anda membesar dengan sihat?Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda.

Okla untuk kali ni, nak masak sarapan pagi pula ni..hewhew..semoga mendapat manfaat!!!









0 comments:

Catat Ulasan