Tips Membawa Bayi Naik Kapal Terbang (Menyusu Bayi)





Siapa pernah membawa bayi  melancong menaiki kapal terbang?Berapa umur bayi anda ketika itu?Bagaimana anda menyusu bayi anda??


Mesti mencabar kannn..tambah-tambah kalau bayi anda berusia bawah dari satu tahun.Macam-macam ragam dia yerr..Pulak tu, penerbangan anda adalah dalam tempoh yang agak lama. Maklumla sekali-sekala..jauhla terbang yerr..hewhew.. :P
Jangan risau, bawa jer bayi anda bersama. Ingat, jangan jadikan bayi anda sebagai subjek untuk menghalang anda sentiasa bersamanya walaupun terpaksa membawanya menaiki kapal terbang. Penerbangan anda akan menjadi lebih mudah dan menyenangkan apabila anda membuat perancangan teliti, tidak kira anda mengembara berdua saja dengan bayi atau bersama ahli keluarga lain. 





Jom saya kongsi sedikit tips bawa anak menaiki kapal terbang..........................












    1. Dapatkan penerbangan yang betul 

  •                                          
    Lihat jadual bayi anda dan anda mungkin boleh merancang perjalanan ketika waktu tidurnya. Dengan perancangan teliti itu, bayi boleh tidur lena sepanjang penerbangan ke destinasi dituju, sekali gus memberi peluang kepada anda untuk berehat. Jika bayi anda sudah menunjukkan tanda mengantuk ketika di balai menunggu, usahakan untuk membuatkan dia tidak tidur sebelum masuk dalam pesawat dengan mengalihkan perhatiannya kepada apa juga perkara atau bermain bersamanya. Ini bagi mengelak dia tidur sebelum menaiki pesawat dan membantu dia lena sepanjang penerbangan.






    Kerusi tambahan untuk bayi yang sudah boleh duduk 



    Bayi berusia dua tahun ke bawah biasanya tidak memerlukan kerusi dan hanya duduk di riba ibu atau bapa. Namun, bagi memberi keselesaan kepada anda sepanjang penerbangan terutama yang mengambil waktu panjang, mengambil satu lagi kerusi adalah digalakkan. 





    Dengan menempah tempat duduk tambahan, anda boleh membawa ‘carseat’ anda ke atas pesawat dan anak kapal akan membantu anda untuk memasangnya. Bagi anak yang sudah boleh duduk, mereka pastinya boleh duduk dengan selesa dengan kerusi tambahan yang anda minta. Caj tambahan sememangnya dikenakan tetapi ia tidak semahal yang disangkakan dan pastinya anak dan anda dapat duduk lebih selesa. 



    Bagi bayi yang tidak boleh duduk sendiri, anda mungkin boleh menggunakan anduh atau kain untuk memberikan keselesaan..

      1.  

    Pemilihan tempat duduk di dalam pesawat









  • Ketika memilih tempat duduk dalam pesawat, pilih tempat duduk berdekatan tingkap untuk mendapatkan lebih privasi kepada anda dan anak. Selain itu, anda juga boleh memilih tempat duduk yang memudahkan anda untuk bangun ketika menukar lampin atau untuk melayan kerenah anak yang ingin berjalan-jalan dalam pesawat.





    Pakaian mudah 



    Ketika melakukan penerbangan terutama jika anda berdua sahaja bersama bayi, pastikan pakaian yang anda dan bayi anda pakai adalah pakaian ringkas. Bayi terutamanya pakaikan dia pakaian yang mudah untuk dibuka sama ada untuk menukar pakaian atau menukar lampin. 



    Pastikan juga anda tidak menggunakan kasut bertali untuk bayi anda apabila terbang bersamanya kerana ia memberi kesukaran atau melecehkan saat mahu membuka seluarnya. 

    Pakaian yang anda kenakan pada bayi pula biar bersesuaian supaya dia selesa sepanjang penerbangan. Untuk mengelakkan bayi anda kesejukan, anda mungkin boleh memakaikan dia baju yang sedikit tebal atau membawa jaket khas untuknya. Pastikan semuanya lebih mudah untuk anda uruskan ketika terbang berdua bersama bayi. 

     


    Barang keperluan secukupnya 



    Pastikan anda mempunyai lebih daripada cukup segala-galanya dalam kes penerbangan anda terlewat. Ini bermakna lampin tambahan, pakaian tambahan, makanan ringan tambahan, tisu tambahan dan susu formula tambahan.Pastikan juga anda membawa pakaian sesuai dengan suhu dalam pesawat untuk bayi dan anda sendiri. Baju tambahan untuk anda juga jangan diabaikan. 

    Simpan semua keperluan ini dalam beg lampin anda yang akan sentiasa dibawa bersama untuk menyenangkan anda. 


    Jangan malu untuk meminta bantuan 

    Anak kapal boleh membantu anda untuk mendapatkan keselesaan sepanjang penerbangan. Mereka juga bukan saja boleh membawakan air untuk membuat susu, mengambil barang dalam tempat penyimpanan barang, bahkan menjaga bayi anda sementara anda mahu ke bilik air. Bab yang ini, saya nasihatkan anda berhati-hati sedikit ye, kalau boleh, cam muka anak kapal yang membantu anda itu untuk mengelak kejadian tidak diingini.


    Bayi menangis di dalam pesawat 

    Banyak faktor yang menyebabkan bayi menangis dalam kapal terbang dan satu daripadanya adalah tidak selesa terhadap tekanan yang dirasai mereka. Orang dewasa juga sering mengalaminya, inikan pula bayi yang membuatkan telinga mereka sakit dan sebagainya. 

    Bagi mengelak perkara ini berlaku, pastikan anda memberikan bayi anda susu, makan, minum atau apa saja yang boleh membuatkannya menelan sebaik kapal terbang berlepas sehingga isyarat tali pinggang keledar dipadamkan.Lakukan perkara sama ketika kapal terbang mendarat. Pastikan juga bayi anda sentiasa selesa berada di tempat duduk dan sediakan permainan yang boleh menghilangkan kebosanannya. 

    Membawa bayi anda berjalan-jalan buat seketika dalam kapal terbang juga boleh mengelak daripada meragam dan menangis. 


    Penyusuan susu ibu 

    Bagi anda yang menyusukan bayi, mengambil kerusi di tepi tingkap adalah pilihan terbaik. Ia bukan saja memberikan keselesaan kepada anda ketika menyusukan anak tetapi juga lebih terlindung daripada penumpang lain. 

    Jika penumpang di sebelah tempat duduk anda adalah lelaki yang bukan pasangan anda, minta bantuan anak kapal untuk meminta supaya anda ditempatkan di tempat duduk bersebelahan perempuan. 

                                                 Peti kecemasan 



    Bawa bersama anda peti kecemasan sendiri. Di dalamnya letakkan ubatan yang digunakan anak anda sekiranya diserang masalah kesihatan secara tiba-tiba. Misalnya ubat batuk, ubat demam, ubat selesema, pembalut luka . 












    Dah faham dan jelas?Bagus.Saya harap tips-tips yang diberikan dapat memberi manfaat dan panduan kepada anda.Bawalah bayi anda berjalan-berjalan kerana ketika inilah mereka ingin meneroka dunia baru mereka.Beri mereka kebebasan dan luangkan masa bersama bayi anda supaya mereka tahu yang anda sangat sayangkan mereka...



    Sekian... :P






    0 comments:

    Catat Ulasan