Bahaya Kegagalan Buah Pinggang


Syukur alhamdulillah kita masih mempunyai dua buah pinggang yang masih lagi berjasa pada kita.Tahukah anda apa fungsi buah pinggang dalam badan anda?Buah pinggang berfungsi untuk membuang bahan buangan yang tak perlu dalam darah anda.Selain itu, buah pinggang juga membantu mengimbangi elektrolit(potassium) dalam badan, menghasilkan sel-sel darah merah dan juga mengalirkan darah di dalam badan ke organ-organ tertentu dalam badan anda.

Apakah simptom-simptom kegagalan buah pinggang yang patut anda tahu?

Kegagalan buah pinggang berlaku apabila bahan buangan tidak dapat dikeluarkan dan akan menyebabkan badan anda menjadi lemah,sesak nafas dan kerungsingan.Apa kaitan?Ada kaitan, apabila potassium  di dalam badan tidak dapat dikeluarkan, ia akan mengganggu kadar ritma jantung anda dan akan menyebabkan kematian mengejut atau sudden death!!!


Tahukah anda terdapat 5 tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang dapat dikesan?Ia dipanggil 'Prerenal Causes' (Pre=Sebelum,Renal= Buah Pinggang) keadaan di mana berlakunya kekurangan darah yang dihantar ke buah pinggang anda.Antaranya ialah:-


  1. Hypovolemia-Keadaan di mana kurangnya darah atau kehilangan darah yang banyak
  2. Dehidrasi-Seperti muntah-muntah,Berpeluh yang banyak akibat demam dan cirit-birit
  3. Kurang minum air
  4. Kesan pengambilan ubat seperti 'water pills' yang akan menyebabkan kehilangan air di dalam badan
  5. Aliran darah yang tidak normal dari atau ke buah pinggang anda contoh, ada gangguan pada salur artileri atau salur darah anda
Manakala 3 tanda-tanda selepas anda mengetahui anda sedang mengalami kegagalan buah pinggang adalah seperti di bawah(yang ni dia beri kesan masa anda nak buang air kecil):-

  1. Kanser prostat
  2. Ketumbuhan di bahagian organ perkumuhan
  3. Batu karang-selalunya batu karang akan serang hanya satu buah pinggang di mana satu lagi masih lagi berfungsi
3 tanda-tanda paling anda patut tahu bila dah kronik ialah:-
  1. Diebeties yang tidak dapat dikawal
  2. Tekanan darah yang tidak dapat dikawal
  3. Penyakit Polisistik Buah Pinggang-secara ringkasnya, ada cyst dalam buah pinggang anda.Saya ulas next entri yerr 
A doctor explaining kidney function and failure with a patient.


Cuba periksa tengok ada ke tidak tanda-tanda seperti di atas.Jumpa saya di next entri untuk tahu bagaimana sakit buah pinggang didiagnosa :)





0 comments:

Catat Ulasan