Khasiat Madu untuk Ibu Hamil & Bayi

Salam semua,

Hari ni nak sembang mengenai madu.Suka makan madu tak?Siapa tak suka..madu kan manis..banyak pula khasiatnya.

Sebenarnya, ada apa dengan madu?

Bagi masyarakat muslim , keyakinan pertama berkaitan madu adalah ianya mempunyai ubat bagi pelbagai jenis penyakit yang dideritai manusia.
”…..dari perutnya (lebah) itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia...” – surah lebah , ayat 67.
Dari Ibnu Abbas R.A. dari Rasulullah S.A.W. : ”Kesembuhan dari penyakit itu dengan melakukan tiga hal : berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu”. HR. Shahih Bukhari.

Khasiat Madu untuk ibu dan bayi:-


  • Menguatkan rahim ibu
  • Menghilangkan rasa mual saat hamil
  • Membekalkan nutrisi yang lengkap ketika hamil atau menyusu bayi.
  • Kandungan antibiotik yang ada dalam madu dapat melawan kuman di dalam badan si ibu
  • Mempunyai zat galian yang penting untuk melindungi janin
  • Vitamin C semulajadi yang  terkandung dalam madu dapat menjaga kesihatan dan kebersihan kulit si ibu
  • Mengatasi sembelit untuk si ibu yang susah nak poo poo.. 
  • Madu dapat mencegah penyakit Hepatitis B pada bayi yang bakal lahir kelak
  • Membantu bayi mengeluarkan cecair yang mungkin terminum saat bayi dalam proses bersalin.Ala, masa bayi nak keluar,kan doktor dok sedut dengan mesin semua ceair tu.Bila ibu makan madu, jika masih ada baki cairan semasa bersalin tu pada bayi anda, dia pandai keluarkan sendiri.Faham?
  • Membersihkan perut bayi daripada bermacam-macam kotoran yang boleh menyebabkan bayi anda sakit perut
  • Menyokong pertumbuhan bayi yang sihat
  • Menghindar bayi daripda sakit kembung

Kaitan Madu dengan Bayi Anda..(untuk pengetahuan tambahan)


Mengikut kajian perubatan moden , madu merupakan antara ubat yang paling sedikit kesan sampingan.
Dan kesan sampingan ini sangat-sangat jarang dilihat pada majoriti besar populasi manusia.
Akan tetapi, bagi sesetengah keadaan atau tempat , pengambilan madu bagi anak-anak kurang 1 tahun boleh mengakibatkan penyakit botulism , yang mengakibatkan keracunan pada bayi.
Keracunan ini boleh mengakibatkan  lemah otot ( bayi akan kurang menyusu dan kurang aktif , wajah lesu) dan kesukaran pernafasan , kesukaran berak , hilang selera makan.
Penyakit ini (botulism) dikatakan berpunca dari sistem penghadaman bayi yang masih belum matang.
Bagi yang berumur 1 tahun dan ke atas , bakteria semula jadi di dalam usus dan sistem penghadaman yang matang menghasilkan keadaan berasid yang cukup untuk melawan toksik yang dihasilkan oleh bakteria ini.

Kesimpulannya,ada yang percaya madu ni baik untuk mengubati penyakit.Macam saya selalu dengar, jika bayi demam, campur sedikit madu dengan air suam,kemudian beri bayi anda minum.Inshaa Allah sembuh. Terpulang pada anda.. ibu boleh beri madu pada bayi 1 tahun ke atas yerr kalau nak beri banyak.Tapi, kalau nak beri juga pada bayi sebelum 1 tahun, beri dalam kuantiti sedikit.Sangat sedikit dengan niat untuk dijadikan penawar.Bezanya cuma sedikit dengan banyak.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.



Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.



Dari Imam Ali, beliau berkata: “Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.



Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq, beliau berkata: “Rasul SAW sangat menyenangi madu”.



Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq, beliau berkata: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran”.

0 comments:

Catat Ulasan