6 Mitos Tentang Penyusuan Susu Ibu

6 MITOS PENYUSUAN SUSU IBU

Pernah dengar tak pasal mitos-mitos penyusuan susu ibu?Kalau tak pernah, meh sini saya nak kongsi sikit mengenai mitos-mitos tu.Mitos tu ape??Mitos tu macam kepercayaanla.ala, lepas anda baca mesti anda faham..oh..ni..itu.. jom baca!

MITOS #1Untuk mencukupkan keperluan air bayi, ibu-ibu perlu memberi air masak kepada bayi anda
FAKTA: Bayi yang normal dilahirkan mempunyai simpanan air yang cukup dalam badannya sehinggalah ibu menyusukannya bagi memastikan mereka tidak terhidrat.Susu ibu pula mempunyai suhu yang berubah-ubah bagi menghilangkan dahaga serta mengenyangkan mereka.Untuk mengetahui mereka mengalami dehidrasi atau tak,perhatikan air kencing mereka.Jika meeka kencing sebanyak 6-8 liter sehari, itu menandakan air mencukupi dalam badan mereka :)  
MITOS #2 Saya perlu mengurut terlebih dahulu puting saya sebelum menyusukan bayi
FAKTA: Payudara seorang ibu memang telah diciptakan semulajadi untuk menyusui bayi.Jadi, anda tak perlu mengurut terlebih dahulu payudara anda.Apabila anak merengek nak susu tu, bagi jer terusss.Bukan apa, takut perlakuan mengurut tu nanti boleh memudaratkan pula.


MITOS #3 Saya mesti menggunakan kedua-dua belah payudara saya untuk menyusu
FAKTA: Keadaan ini mungkin memberi lebih kelebihan kerana anda dapat mengimbangi payudara anda tak kiralah dari segi saiz atau kuantiti susu.Jika bayi anda belum selesai menyusu, kemudian anda tukarkan ke payudara yang sebelah lagi, bimbang tentang khasiat yang diperolehnya serta payudara tidak betul-betul kosong yang boleh mengakibatkan bengkak susu.Lagi satu, spoil pula mood anak nak mengisap.Ingat,beri bayi anda minum susu di sebelah payudara anda terlebih dahulu, dan jika bayi anda masih mahukan susu lagi, baru tukar ke sebelah satu lagi.

MITOS #4 Banyaknya susu anda adalah berdasarkan saiz payudara anda
FAKTA: Kenyataan di atas adalah salah sama sekali.Saiz payudara anda tidak menentukan kuantiti susu pada payudara anda.Dengan usaha yang berlipat ganda, bekalan susu anda boleh dipertingkatkan.Ingat konsep demand-supply kannn..

MITOS #5 Bayi yang menyusu dengan susu botol sahaja yang akan mengalami kembung perut, manakala bayi yang menyusu badan, tidak akan mengalami kembung perut
FAKTA: Malang sekali, kembung perut boleh menyerang bayi tidak kira masa, atau cara menyusui bayi.Samada anda menyusui bayi dengan botol atau badan, bayi anda tetap berkemungkinan kembung perut terutama sekali jika para ibu tidak menjaga pemakanan mereka.


MITOS #6 Apabila anda sudah kembali bekerja, anda boleh memberhentikan penyusuan susu kepada bayi anda
FAKTA:  Tidak benar sama sekali.Anda perlu meneruskan penyusuan anda walaupun berkerja.Anda boleh menyusu bayi anda pada waktu pagi(sebelum pergi kerja) dan malam(selepas pulang kerja).Carilah masa yang sesuai untuk pam susu anda di pejabat untuk buat bekalan pada bayi anda ketika anda bekerja pada siang harinya.

SEKIAN,SEMOGA BERMANFAAT..


0 comments:

Catat Ulasan