Assalamualaikum.Bahaya klorin dalam air paip di rumah anda.Saya bacapun takut.Sebab, terang-teranglah air di rumah anda guna hari-hari untuk mandi, membasuh pakaian,membasuh sayur,ikan dan untuk diminum.Bukan sahaja luaran, air yang anda guna tu meresap masuk ke dalam kulit dan badan anda.
Hari ini saya nak kongsi sedikit sebanyak info yang saya tahu tentang bahaya tak bahaya klorin ni.Anda semua tahu kan apa dia klorin ni dan sifat-sifatnya?Kalau tak tahu, klorin ni adalah sejenis bahan kimia yang amatlah penting untuk digunakan dalam proses penulenan air, nyahjangkitan dan dalam pelunturan.Kalau nak tahu, klorin yang dimasukkan di dalam air adalah untuk tujuan pembunuhan bakteria dan kuman di dalam air.Jangan tertipu,kalau anda tengok air di rumah anda tu bersih suci je..sebenarnya, TIDAK.
Saya ada demo ini untuk anda lihat sendiri betapa bahayanya klorin-Klorin meresap masuk ke dalam tangan, sebab itu airnya bersih!!
Saya ada demo ini untuk anda lihat sendiri betapa bahayanya klorin-Klorin meresap masuk ke dalam tangan, sebab itu airnya bersih!!
Menurut satu kajian oleh Joseph M.Price(M.D) di Amerika Syarikat,klorin yang dimasukkan ke dalam air paip adalah satu bahan kimia merbahaya.Menurut teorinya,klorin sebagai satu bahan yang sangat aktif yang akan bertindakbalas dengan lemak dan kolesterol di dalam badan anda dan akan menyebabkan terjadinya plak yang berwarna kuning.Plak ini akan melekat di permukaan arteri-arteri anda yang boleh menyebabkan arteri menjadi keras dan tidak kenyal.Lama kelamaan arteri ini akan pecah kerana lubangnya menjadi sempit.Tahukah anda bila lubang arteri menjadi sempit, anda berisiko mendapat sakit jantung dan strok.Seram kann...puncanya adalah daripada air yang kita minum!!