Terapi Sonotron

Selamat pagi semuaa..yang balik kampung tu, dah sampai rumah ke..alhamdulillahhh..

Semalam masa tengah main dengan anak, tiba-tiba terjumpa brochure mengenai Terapi Sonotron.Pernah dengar tak??? Kalau tak pernah, jemput baca, sebab sayapun dapat tambah ilmu jugak di samping berkongsi dengan semua.Untuk kite-kite ajeerr..heheh..


TANPA UBAT
TANPA SENTUHAN
TINDAKAN SERTA MERTA
TIADA KESAN SAMPINGAN




Apakah terapi sonotron tu?Pelik jerr bunyinya...


  • Terapi Sonotron ialah rawatan tercanggih di mana ianya bebas daripada sebarang pembedahan kerana ianya dikendalikan secara luaran oleh pakar terapi.Ia memberikan kesan serta-merta kepada pesakit tanpa menggunakan dadah dan tiada kesan sampingan
  • Rawatan ini menggunakan teknologi daripada Amerika Syarikat untuk mengeluarkan pancaran discaj yang berfrekuensi rendah, hanya 0.43Mhz(kalau nak tahu, kebanyakan telefon mudah alih berfrekuensi tinggi iaitu sebanyak 900 Mhz).Jadi, boleh beza kan??
  • Kaedah rawatan unik ini terbukti secara berkesan dan ianya selamat ke atas pesakit

Nak tengok alatnya macam mana kannn..tengok bawah tu..



Nak tahu bagaimana pakar terapi merawat pesakit??tengok lagi bawah tu..

Memang nampak tak sakit sebab 'cool' jer baby ni.. :)
Boleh tahan juga manfaat terapi sonotron ni contohnya ia tidak memerlukan ubat,mengurangkan bengkak,melancarkan pergerakan anggota badan,mempercepatkan penyembuhan luka,memberi kesan terapeutik yang berpanjangan dan macam-macam lagi.

Apa yang boleh dirawat oleh terapi sonotron ni??




Bagaimana terapi sonotron bertindak?

Haa..part ni yang nak tau ni sebab sampai tak payah makan ubatla,kesan serta mertala...nak taula jugak macam mana terapi ni yerr.Ok, terapi ni akan bertindak pantas dengan menyingkirkan radikal bebas yang berlebihan yang terdapat dalam sel yang bermasalah sekaligus menghilangkan kesakitan dan simptom lain yang berkaitan.Setelah radikal bebas ni ditukarkan kepada oksigen dan air,sel yang sakit tadi berupaya untuk sembuh dengan serta merta secara semulajadi tanpa melibatkan ubat-ubatan..Oh..macam tu yerr..(masih nak tau macam mana rasanya..hehe..tengah bayangkan..)

Berapa pula harga terapi ni bagi setiap sesi??

Ada yang mahal, ada yang murah, terpulang pada sakit apa anda hidapi.Anda boleh cuba search atau tanya pusat pusat terapi sonotron ni tengok kalu berminat yerr.. :)

OKla, cukup setakat ni dulu, nanti saya kongsi lainkali pulakla eh.Inshaa Allah..Sekurang-kurangnya bila ada orang tanya kita apa itu terapi sonotron, kita dah boleh bayangkan macam pistol-pistol tu haaaa..hikhik..

Selamat Hari Raya Aidil Adha semua!!!


0 comments:

Catat Ulasan