Kehebatan Seorang Suri Rumah

Salam sayang semua!!





Dah makan malam ke..hehe..hari ni masak simple simple je..tadi masa tengah tengok tv,terfikir nak tulis mengenai diri saya sendiri.Actually,dulu saya bekerja..tapi lepas lahirkan 'Afif, saya buat keputusan nak jadi suri rumah.Lagi pula..masa bekerja dulu..banyak sangat kekangan.Kekangan apa?oh..kekangan jarak.Saya bekerja di kuala lumpur..manakala suami di melaka..anak di melaka.Mau hari hari saya travel..bayangkanlahhh...(kalu boleh  tak nak bayangkan dah..serik!!)

Lepas berfikir panjang,sayapun buat keputusan nak jadi suri rumah dan cuba cari duit saku sendiri..melalui bisnes shaklee ni.Back to topic,mula mula saya ingat suri rumah ni kerjanya senang..tak penat macam saya bekerja dulu.Tapi rupa rupanya...penat tau.Multitasking tu..tapi..saya rasa sesuatu yang saya tak dapat rasa selama saya bekerja iaitu.."KeluargaKu"..perasaan mempunyai keluarga sendiri..walaupun kecil.Selama ni,tunggang langgang jugakla hidup.Yalah, seorang di Kuala Lumpur, seorang di Melaka.Sekarang,alhamdulillah..saya dapat masak utk suami saya,uruskan hal hal rumah tangga..mengemas..seronok walaupun letih.. :)

Kita kena ingat, ALLAH dah janjikan pada kita.Tak usahla kita nak bezakan diri kita dengan orang lain.Rezeki ada di mana mana.Disebabkan ini jugakla saya buat keputusan utk jd WAHM..


Seorang suri rumah ni boleh jadi ramai orang dalam suatu masa.Dialah nurse,dialah doktor kepada suami dan anak anak.Dialah penasihat kewangan bila mana dia menasihatkan suami apa yang perlu dibeli..itu ini..rancang kewangan keluarga.Dia jugalah cikgu kepada anaknya..dia juga chef utk suami dan anaknya..dia juga ustazah kepada anaknya bila mana anaknya baru nak kenal huruf-huruf di dalam al-Quran serta menceritakan kisah para anbiya' sebelum anaknya tidur.Dia juga tailor atau tukang jahit.Menjahit baju-baju suami atau anak yang koyak serta butang baju yang jatuh.hehe.. Suri rumah juga seorang hakim di mana bila anak-anak bergaduh,dialah yang mendengar penjelasan mereka.Haa..siap boleh bagi amaran lagi kat anak anak.Banyk lagi seorang suri rumah boleh jadi.Hebat bukan jadi suri rumah ni??

Semua ni atas usaha dan redha kita sahaja macam mana kita nak uruskan rumah tangga kita..Sebenarnya jadi suri rumah ni adalah pekerjaan paling mulia di sisi ALLAH.Pahala berganda-ganda..mencurah-curah!!Yang mana BF mother tu..setiap susu yang mengalir pada tubuh anak tu..banyaknya pahala Allah beri.Sebab Allah Maha Mengetahui, kita menjaga seorang anak Adam, umat Nabi Muhammad S.A.W.Cuma atas kita je nak tak nak..




Oklah..takat ni je dulu coretan saya malam ni..nanti kita sembang-sembang lagi ye.. :)

0 comments:

Catat Ulasan