9 Posisi Terbaik Mempercepatkan Kelahiran Bayi Yang Anda Perlu Buat




Assalamualaikum..

Minggu ini saya nak cerita mengenai kehamilan dan berpantang.Entri kali ini, saya fokuskan kepada kehamilan di mana, saya sangat memahami kesakitan yang dirasai oleh ibu-ibu yang hampir nak bersalin sebab sayapun dah laluinya :)

Kenapa saya fikir topik ini adalah penting kerana, kebanyakkan ibu-ibu di luar sana, bila dah rasa sakit nak bersalin tu, duduk dan baring je atas katil..no!no!no! Salah tu..anda perlu BERGERAK!! 

Tahukah anda, gerakan yang anda lakukan ketika hampir nak bersalin, boleh membantu anda mengurangkan sakit ketika kontraksi??Ha..kalau tak tau..cek habaq dah ni..

Bagaimana nak buat gerakan?Gerakan jenis apa??Senam robik ke?Star jump??hehehe..gurau ja.. :P

Ok,topik kat atas pun nampak berat ja..ada 9 posisi terbaik yang boleh membantu anda mempercepatkan kelahiran bayi adalah seperti di bawah yerr..

1) Separuh Mencangkung & Diampu Suami

Kalau suami tak sampai lagi, boleh buat tepi dinding dengan bersandar :)

Kebaikan: 
  • Dapat memperbetulkan tulang pelviks anda dan membantu membuka 'jalan' sebanyak 15%
  • Mengurangkan rasa sakit kontraksi
  • Memudahkan 'jalan keluar' bayi anda kerana anda macam membuat posisi secara 'buka jalan'..nahhh..silalah keluar bayiku..hihi
2) Duduk Separuh

Nah..siap boleh menyembang lagi..so rileks.. :)
Kebaikan: 
  • Sangat selesa
  • Kedudukan yang baik untuk rehatkan tubuh
  • Senang untuk nurse-nurse baca bacaan jantung bayi anda
Keburukan:
  • Perinium anda lambat terbuka
  • Beri lebih tekanan pada perinium anda


3) Duduk 

Boleh menyembang dengan jiran sebelah..hii



Kebaikan: 
  • Sangat selesa
  • Kedudukan yang baik untuk rehatkan tubuh
  • Senang untuk nurse-nurse baca bacaan jantung bayi anda
Keburukan:
  • Tidak sesuai untuk ibu-ibu yang ada penyakit tekanan darah tinggi

4) Duduk Di Atas Toilet Duduk

Bila lagi ni nak bersalin..
Kebaikan: 
  • Membantu merehatkan perinium anda
  • Sebagai persediaan untuk bersalin di mana kedudukan adalah paha anda terbuka dan sedikit tekanan pada pelviks
Keburukan:
  • Toilet tak best!!!hihihihi

5) Mencangkung

Jom kita main bola dulu..hehehehe
Kebaikan: 
  • Meningkatkan gerakan janin
  • Membantu meningkatkan bukaan 'jalan' anda sebanyak  2cm!!Ini adalah kedudukan paling berjaya hokeyyy
  • Mengurangkan tenaga anda ketika hendak bersalin nanti kerana janin sudah berada sangat 'jatuh'
  • Membantu janin berada di kedudukan terbaik dan melekap di bukaan 'jalan' anda.Kira grip habislaaa..hihi
Keburukan:
  • Guna banyak tenaga sebab nak ampu berat anda dan janin anda

6) Baring Mengiring

Romantik giteww.. :P

Kebaikan: 
  • Meningkatkan aliran oksigen pada janin
  • Kedudukan yang cukup merehatkan anda sebelum bersalin
  • Kedudukan yang sangat membantu jika anda mempunyai tekanan darah tinggi
  • Boleh membuatkan kontraksi berlaku lebih efektif
  • Boleh menjarakkan masa untuk bersalin.Kiranya,takdala mengejut, terus keluar bayi..hihi.Ada masa untuk anda bersedia untuk meneran
  • Mengurangkan luka atau koyakan ketika bersalin
  • Bagus untuk perinium anda
Keburukan:
  • Susah sikit nak kesan degupan jantung bayi(sebab tu dulu saya ingat lagi,nurse larang saya baring mengiring lama-lama sebab susah nak kesan degupan jantung janin dengan mesin CTG tuu..)
7) Berjalan-jalan

I cari gambar yang best-best je camni..barula tak stress ibu-ibu tengok yer dak..

Kebaikan: 
  • Mengurangkan sakit kontraksi
  • Mempercepatkan kelahiran
  • Kurangkan sakit belakang
  • Janin anda berada di kedudukan terbaik dan bersedia untuk keluar
Keburukan:
  • Tidak sesuai untuk ibu-ibu yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi
  • Dah namapun berjalan, ko nak heret mesin CTG tu??hihi..Jadi, adalah gagal untuk mengesan degupan jantung bayi

8) Melutut(seperti di gambar rajah) 

Nak tidurlah sekejap.. :)
Kebaikan: 
  • Membantu memusingkan bayi anda jika perlu(kalau doktor cakap bayi anda songsang dan anda masih mengharapkan bersalin secara normal)
  • Mengurangkan sakit kontraksi
  • Mengurangkan sakit belakang
  • Janin anda berada di kedudukan terbaik dan bersedia untuk keluar
  • Senang suami nak urut
  • Membantu bukaan  pelviks anda
  • Mengurangkan sakit pinggang dan bahu
9) Lutut & Siku(seperti di gambar rajah) 

Berat..berat..

Kebaikan: 
  • Membantu memusingkan bayi anda jika perlu(kalau doktor cakap bayi anda songsang dan anda masih mengharapkan bersalin secara normal)
  • Mengurangkan sakit belakang
  • Bagus untuk janin yang besar
  • Bagus jika janin anda mempunyai degupan jantung yang lemah
  • Mengurangkan luka atau koyakan ketika bersalin
Haa..dah tengok semua posisi kan?Jadi, nanti pilihla yang mana sesuai untuk anda praktik semasa nak bersalin nanti.Percayalah!!Ia banyak membantu anda kelak.

Alang-alang dah bercakap mengenai bersalin ni, Shaklee ada Set Berpantang di mana ia dapat membantu mengembalikan dan menyembuhkan tenaga serta badan anda yang letih selepas bersalin tu..




  1. Zinc Complex-Merawat luka selepas bersalin dari dalaman
  2. Ostematrix-Membekalkan kalsium untuk pembentukkan gigi dan tulang yang sihat  serta menghilangkan rasa sakit pinggang dan sakit belakang
  3. ESP-Membekalkan tenaga supaya ibu kekal cergas untuk menguruskan anak
  4. Vita-lea dengan zat besi-Membekalkan multivitamin lengkap setelah ibu banyak kehilangan darah ketika proses bersalin
  5. B-Complex-Membantu menghasilkan hemoglobin dan penghasilan darah merah supaya ibu yang baru lepas bersalin tidak mengalami loya atau pening atau tumpah darah.
  6. Sustained Release Vita-C Plus-Membantu kesihatan gusi dan gigi serta meningkatkan daya ketahanan badan ibu




Berminat nak set berpantang Shaklee?


Untuk membuat pembelian set berpantang dan penyusuan Shaklee, anda ada dua cara iaitu;-
1) Beli terus daripada Shaklee dengan menggunakan kad debit atau kredit anda,BELI SET BERPANTANG LENGKAP SEKARANG! 
2) Anda boleh terus hubungi saya seperti di bawah.

COD SELURUH NEGERI MELAKA
PENGEPOSAN SELURUH MALAYSIA MELALUI GDEX/CITYLINK/POSLAJU

0 comments:

Catat Ulasan